LOKASI: Padang PASTI Al-Falah, Taman Desa Rhu, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan.
TARIKH/MASA: 1hb Februari 2015 bersamaan hari Ahad jam 8.30 malam.
Penceramah: 1) DSAI 2) Mat Sabu 3) Tian Chua 4) Anthony Loke 5) Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan 6) Naib Ketua AMK Pusat 7) Ahli Parlimen Kapar 8) Ketua Biro Penerangan KeADILan Pusat.
Kehadiran mengikut pemberi gambar sekitar 800-900 orang ... kebanyakkan bukan penduduk tempatan perumahan Taman Desa Rhu, Sikamat, Seremban.
Tidak kelihatan langsung penglibatan PAS dalam menganjurkan ceramah ini ... untuk dilihat seperti PAS tempatan terlibat dipacak satu bendera PAS didepan pentas .. sesuatu yang amat jarang berlaku semenjak penubuhan Pakatan Rakyat dimana kehadiran tenaga kerja PAS selalunya amat jelas dilihat terutamanya dalam mengawal lalu lintas .. sama ada PAS boikot atau sengaja tidak diundang turut serta tidaklah dapat dipastikan.
Rungutan juga kedengaran dikalangan beberapa penyokong PAS yang hadir betapa perhubungan PAS dengan DAP dan PKR sudah tidak semesra, seakrab dan seerat dulu.
Bolehlah dirumuskan hasrat dan misi PR untuk tawan Negeri Sembilan jika senario begini berterusan bolehlah dianggap suatu misi berakhir dengan ilusi.
Pemberi maklumat menyatakan jika dulu ditempat yang sama dengan penceramah yang serupa jauh lebih besar angka kehadiran rakyat datang mendengar.
Dalam keadaan UMNO/BN kini lemah kedudukkan Pakatan Rakyat sudah merekah tunggu masa nak pecah kerana asyik berbalah .. ini hakikat yang jangan kita nafikan .. jangan kita menunding jari kepada parti lawan akan kedudukkan yang amat merisaukan ini sebaliknya perlu terima hakikat ianya dimulakan dari pihak sendiri.
KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan