Korea Selatan mencipta logam ajaib sekeras titanium, seringan aloi tetapi lebih murah

Banyak diperkatakan tentang teknologi nano, atau pengubahsuaian struktur pada tahap zarah paling kecil.

Tetapi sejauh mana kejayaannya setakat ini?

Dalam bidang sains bahan, seorang profesor daripada Universiti Sains dan Teknologi Pohang, Korea Selatan, Hansoo Kim berjaya mengubah sifat besi kepada sebuah logam 'ajaib'.

Menurut kertas kajian yang diterbitkan, beliau memanipulasi struktur besi dengan menjadikannya sekeras titanium, seringan aloi tetapi kos pembuatannya sepuluh kali lebih murah, dalam skala besar.

Logam itu, jika berjaya dikomersialkan mungkin mengubah permintaan terhadap logam yang terhad selama ini kerana sifat beratnya itu, lapor The Economist.

Bahan itu dicipta dengan mencampurkan pelbagai logam.
View image on Twitter
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan