Mat Sabu bertanding di Permatang Pauh?

Anwar lucut kelayakan ahli parlimen
Bernama

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini lucut kelayakan sebagai seorang anggota Parlimen berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun setelah menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara itu bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya tujuh tahun lalu.

Ini adalah kali kedua, Anwar lucut kelayakan sebagai anggota Parlimen setelah didapati bersalah oleh mahkamah dan dihukum penjara melebihi setahun.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap sabitan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berusia 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, mengetuai panel lima anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Sebelum ini pada 14 April 1999, Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini atas empat tuduhan rasuah terhadapnya.

Anwar, 67, dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang mula bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum keenam pada April 1982 atas tiket Barisan Nasional dengan mengalahkan calon PAS Zabidi Ali dengan majoriti 14,352 undi.

Beliau telah mempertahankan kerusi itu sehingga dijatuhi hukuman penjara pada 14 April 1999, dan kerusi tersebut dimenangi oleh isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya umum ke-10 pada November 1999.rang

Dr Wan Azizah telah terus mempertahankan kerusi itu sehingga meletak jawatan pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding kerusi itu dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh pada Ogos, 2008.

Anwar yang dibebaskan daripada penjara pada 2 Sept 2004, tidak dibenarkan berpolitik selama lima tahun berkuat kuasa daripada tarikh pembebasan.

Anwar memenangi semula kerusi itu dengan mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah Omar Shah dengan memenangi majoriti 15,671 undi.

* PR perlukan seorang peneraju yang boleh diterima semua pihak

Terkini
Selepas menggesa dua ahli Parlimen Pakatan Rakyat disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 susulan kritikan terhadap hukuman mahkamah terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kartunis Zulkiflee Anwar Alhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, turut menjadi perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid melalui laman Twitter berkata polis perlu menyiasat segera kenyataan Zunar di laman berkenaan.


Zunar hari ini menulis di Twitter: "Barua-barua berjubah bangga menjatuhkan hukuman. Habuan daripada tuan politik pasti lumayan".


Khalid kemudiannya berkata: "Orang ini juga mengundang tindakan @PDRMsia."


Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming menjadi wakil rakyat pertama mendapat perhatian Khalid selepas dituduh mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Khalid berkata tindakan akan diambil terhadap Nga di bawah Akta Hasutan.


"Orang di bawah ini sengaja mengundang tindakan @PDRMsia. Kita akan ambil tindakan dibawah Akta Hasutan," katanya merujuk kiriman Twitter Nga.


Sebelum itu, Nga menulis di Twitter: "Rakyat berdoa untuk Datuk Seri Anwar tetapi tidak kesampaian. Sudah tiba masa rakyat menentang rejim yang zalim". – 10 Februari, 2015.


Manakala Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli juga akan disiasat, menurut Khalid, selepas ahli Parlimen Pandan itu mengirim gambar seorang hakim berjubah hitam berserta simbol dolar.


"@PDRMsia siasat juga tweet ini yg cuba menghasut Rakyat mempercayai Hakim di bayar," tulis Khalid. – 10 Februari, 2015.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan