PRU14 lebih awal, Najib dipaksa bersara ?

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu meramalkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan secara mengejut.Menurutnya, ramalan umum itu timbul apabila melihat kemelut politik yang amat dahsyat sedang berlaku kepada parti pemerintah iaitu BN khususnya Umno.

Kata beliau, Ahli Parlimen Pekan itu dalam keadaan yang sangat tertekan apabila beliau sedang diserang daripada pelbagai sudut oleh pimpinan Umno itu sendiri.

“Najib dalam keadaan yang sangat tertekan, harihari bekas pemimpin Umno termasuklah Mahathir me ngalunkan irama dan memukul gendang ‘melanyak’ beliau tanpa henti.
“1MDB pula semakin hari semakin parah, Menteri Dalam Negeri (Dato’ Seri Zahid Hamidi) diikat dengan surat membela raja judi, ringgit pula makin hari makin jatuh.

“Negara dihimpit dengan pelbagai konflik, ini memberikan lagi tekanan kepada Najib,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pilihan Raya Negeri Sarawak yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, dekat sini semalam. 28 Januari lalu.

Mohamad menyatakan, persoalan timbul apakah Najib akan dipaksa bersara lebih awal seperti Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi di tengah jalan iaitu sebelum pilihan raya umum.

Katanya lagi, tidak mustahil PRU14 akan diadakan segera untuk menyelamatkan Najib yang sedang parah.

Tambahnya, ketika ini seolah-olah lawan utama Pakatan Rakyat adalah Mahathir, bukannya Najib yang mengambil sikap membisu ketika beliau diserang bertubi- tubi.

Namun begitu, jelas Mohamad, dalam keadaan konflik di dalam Umno semakin parah maka PAS perlu selesaikan kemelut yang sedang dihadapi ketika ini.

Tegasnya, belum terlewat untuk PAS membina kesatuan parti serta di dalam Pakatan Rakyat kerana rakyat di seluruh dunia sedang ‘mood’ membuat perubahan termasuklah di dalam negara kita.

Jelas beliau, rakyat Indonesia telah membuat perubahan dengan memilih orang biasa menjadi presiden dan dapat dilihat perubahan drastik telah dilakukan. Menurutnya lagi, muafakat Pakatan Rakyat adalah formula yang diterima umum bagi menarik perhatian untuk membuat perubahan.

Beliau menyatakan, Parti Al-Adalah di Maghribi telah menyertai pilihan raya setelah memboikot selama 20 tahun dan akhirnya memenangi banyak kerusi namun gagal mem betuk kerajaan oleh kerana kurang beberapa kerusi.

Parti Islam tersebut kata beliau telah bertahaluf dengan empat buah parti berardeologi komunis dan sekular untuk membolehkan memegang tampuk pemerintahan negara tersebut.

“Kanak-kanak biasa pun boleh bercakap hal itu, muafakat membawa berkata, pecah bawa parah.

“Secara umumnya, kita (PAS) kuat tapi jika kita sorang (keseorangan) kita tak dapat undi yang banyak.

“Kita pilih demokrasi iaitu jalan pilihan raya, jalan ini kita kena cari banyak kawan,” katanya lagi.

PAS katanya perlu utuh bersama permuafakatan Pakatan Rakyat dengan mengekalkan dasar dan matlamat parti di samping kekuatan amilih terus ditarbiyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan