Seorang wanita berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan seorang tentera bukan Islam (Gambar)

WANITA bersama pasangannya anggota tentera yang dicekup PADKP di Jitra, semalam.
Jitra: Seorang wanita yang masih berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan pasangannya yang juga seorang tentera bukan Islam berusia 22 tahun di sebuah bilik sewa di sebuah rumah kedai di Taman Mahsuri, di sini, awal pagi semalam.

Wanita berusia 32 tahun dari daerah ini mempunyai dua anak berusia lima dan tujuh tahun itu mendakwa digantung tak bertali suaminya sejak beberapa tahun lalu.

Difahamkan, dia dikatakan berkenalan dengan anggota tentera terbabit sejak setahun lalu selepas diperkenalkan rakan sebelum menjalinkan hubungan sulit.

Anggota tentera terbabit yang kini bertugas di kem di Kelantan datang ke negeri itu untuk menghabiskan cuti sempena Tahun Baru Cina dengan wanita itu.

Bagaimanapun, tindakan mereka melepaskan rindu dengan menyewa bilik di kawasan itu mengundang padah apabila dicekup berkhalwat pada jam 2.45 pagi pasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP).
-hmetro-

1 ulasan: