Walaupun di Malaysia ada orang menggelarnya 'Bapak Kafir' tapi kematiannya diumumkan di Masjid Nabawi Madinah

Subuh yang sayu tanpa Tok Guru
Mohd Firdaus Madzlan
Subuh pagi yang sangat sayu di Masjid Pulau Melaka tanpa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA)

Seusai solat subuh yang diimamkan oleh Ustaz Nik Omar... beliau meneruskan dengan tazkirah subuh sabtu yang selalunya disampaikan oleh TGNA sebelum ini..

"Puluhan ribu yang ziarah ayah semalam disini semuanya doakan kebaikan untuknya. Satu dunia maklum akan berita kematian ayah sehingga dikatakan kematian ayah diumumkan di Masjid Nabawi Madinah jumaat semalam " ujarnya yang merupakan anak kedua TGNA
Ustaz Nik Omar berkongsi cerita mengenai kehidupan TGNA yang cukup serderhana. Tidak banyak harta yang ditinggalkan untuk anak2 kecuali ilmu dan qudwah

Bila ayah sakit..anak-anak bertanya... ayah sakit apa..jawabnya hanya "tiada tenaga" sahaja... Itulah semangat TGNA sehinggakan beliau berhasrat turun banjir tempoh hari walaupun dalam keadaan tidak sihat.

Sangat menyentuh hati ini..bila ust nik omar sebut "Tiada benda dalam dunia yang paling manis bagi TGNA kecuali hanyalah PERJUANGAN nya " tak pernah letih dengannya.. TGNA berjuang sampai mati..

Kelmarin pihak keluarga mohon pihak hospital buat persiapan segera utk bawa TGNA pulang ke rumah.. Pihak keluarga telah menyediakan satu bilik khas dalam rumah dengan persedian alat-alat.

ketika nak dibawa pulang TGNA ke rumah jam 8 mlm..Keadaan TGNA sangat lemah dan masih tidak sedarkan diri tetapi beliau dapat mendengar..Buktinya mulutnya berkumit2 dan menangis dalam keadaan matanya terpejam bilamana dimaklumkan malam ini ialah Malam Jumaat... seolah2 dia tahu dia akan pergi.. Allah ..

Saya bertemu dengan ust nik omar sejurus habis tazkirah.. " Tiada seorang adik beradik dapat menggantikan tempt TGNA.. sebab satu sifat hebat yang ada padanya ialah " ISTIQAMAH" -katanya

"Teruskan Istiqamah "
Pulau Melaka
7.30 pagi
14 Feb 2015
ex-pelajar SMUDA Pulau Melaka

Facebook


Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai father of kafir (bapa kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama.

NONEAkhbar New Straits Times memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat.

"Beberapa tahun lalu, beliau berkata penyokong Umno akan masuk neraka dan sekiranya umat Islam mahu masuk syurga, mereka kena sertai PAS.

"Dia juga berkata Umno itu kafir sebab bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tapi lihat PAS sekarang, mereka berpakat dengan DAP, sebuah parti politik yang menolak negara Islam," katanya.

Menurut Rahim, bila ulama yang dihormati seperti Nik Aziz mengisytiharkan tanggungjawab agama menyokong BERSIH, maka rakyat melihatnya satu kewajipan sekalipun kerajaan menyatakan perhimpunan itu melanggar undang-undang.

"Dia mungkin dikenali dan dihormati sebagai ulama sebab kelayakannya tetapi beliau hanya seorang political animal yang mahu mengekalkan kuasanya di Kelantan," katanya Rahim lagi.

Semalam Nik Aziz dilapor berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata".

NONESekalipun beliau bersetuju perhimpunan yang mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda awam adalah haram, tetapi berpendapat BERSIH 3.0 "bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara sebaliknya yang menuntut lapan perkara untuk membersihkan pilihan raya".

Mengulas lanjut, Rahim menggesa golongan muda supaya menyelidiki siapa sebenarnya penganjur BERSIH 3.0 dan tidak mengikutinya secara membuta tuli serta mendakwa rakyat melihat Nik Aziz sebagai "pelawak".

Sementara itu Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam kepada Rahim menarik tuduhan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada Nik Aziz.

Pengerusinya Hisham Fauzi berkata kenyataan bekas ketua polis negara itu "jelas tidak matang dan bersifat fitnah".

"Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya," katanya dipetik dari Harakahdaily.

1 ulasan:

  1. Individu yang menuduh TGNA kafir, adakah dia sempat mohon ampun daripada insan yang dituduhnya kafir itu?

    Mengikut hukum, menuduh sifulan itu kafir padahal hakikatnya sifulan itu tidak kafir, maka orang yang menuduh itulah yang sebenarnya menjadi kafir. Tolong betulkan jika kenyataan ini salah.

    BalasPadam