3 hakim dipecat layan filem porno di mahkamah

Hakim-porno
UNITED KINGDOM: Tiga hakim yang tonton filem porno dalam komputer mahkamah dibuang kerja manakala hakim yang keempat pula meletak jawatannya dengan sendiri.

Menurut Judicial Conduct Investigations Office (JCIO), sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menyiasat salah laku hakim di UK telah memecat ketiga-tiga hakim tersebut dengan segera kerana mendapati mengunakan komputer mahkamah untuk tonton perkara yang tidak senonoh.

Seorang lagi pula telah letak jawatan secara sukarela sebelum siasatan tersebut belum selesai.

“Ianya tidak melibatkan kanak-kanak atau mana-mana kandungan haram lain, tetapi perbuatan tonton perkara sedemikian ditempat kerja ialah satu kesalahan yang sama sekali tidak boleh diterima,” kata JCIO.

“Hakim-hakim yang telah disingkirkan itu telah menghina badan kehakiman dan mensia-siakan masa dan wang kerajaan dengan mengunakan bahan IT daripada tempat kerja untuk saksikan filem porno,” kecam Kenneth Toft yang merupakan seorang majistret di London.

Katanya, beliau tidak berasa bahawa hakim-hakim tersebut memerlukan bimbingan untuk menilai apa yang perlu dilihat dan apa yang tidak patut semasa waktu kerja dengan mengunakan bahan kerja seperti komputer yang diberikan.
-kualalumpurpost.net-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan