Polis ini yang tidur semasa bertugas di kaunter ditukarkan dalam masa 24 jam

GEORGE TOWN: Tegas dan pantas. Polis Pulau Pinang telah bertindak segera terhadap anggotanya yang didapati cuai semasa bertugas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dua anggota polis yang ditangkap tidur sewaktu bertugas di balai polis komuniti Mak Mandin, daerah Seberang Prai Utara (SPU) ditukarkan serta merta ke pusat kawalan SPU.

Menurutnya, dua kertas siasatan dibuka untuk tindakan tatatertib ke atas kedua-dua anggota polis, seorang lelaki dan seorang wanita, selepas gambar mereka yang tertidur di kaunter, tersebar di media sosial.

“Ini perkara serius dan tindakan tatatertib akan diambil. Sementara menunggu tindakan tatatertib itu diambil, kedua-dua anggota polis itu ditukarkan dalam masa 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan.

Gambar kedua-duanya yan tidur di kaunter tempat orang awam mengadu, tersebar di laman sosial dan blog sehingga mencetuskan kritikan orang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan