Seorang lelaki didenda kerana luah ‘tak sayang kamu’ kepada isterinya

Ankara: Seorang lelaki didenda selepas dia memberitahu isterinya ‘Saya tidak sayangkan kamu.’

Menurut akhbar Daily Sabah, pasangan terbabit yang kini dalam proses untuk bercerai, saling menuntut pampasan daripada satu sama lain selepas masing-masing mendakwa dihina ketika bergaduh sepanjang perkahwinan mereka.

Sebuah mahkamah rendah sebelum ini memutuskan pasangan itu memang tidak sesuai menjadi suami isteri.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Rayuan menyifatkan ucapan ‘Saya tidak sayangkan kamu’ sebagai ‘penderaan emosi’ dan mengarah si suami membayar pampasan kepada isterinya.

Wanita berkenaan sebelum ini mengadu ucapan suaminya itu menjejaskan perasaannya. Lelaki itu pula berkata, dia sering dimaki isterinya.
 -Agensi/hmetro-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan