BEBERAPA tenaga pengajar kelas memandu lesen L menjerit ketakutan dan 'minta nyawa' selepas seorang pelajar membawa mereka pergi 'pusing-pusing'.
Dalam sebuah video yang dimuatnaik pada 24 Mac lepas, pemandu rali, Leona Chin menyamar sebagai pelajar 'skema' dan berlakon lurus bendul.
Selepas membawa kereta 'abangnya' ke sebuah lokasi, Chin bersama-sama dengan dengan beberapa pengajar mula melakukan rutin latihan dan ujian memandu dalam sesi berlainan.
"Saya fikir anda perlu berlatih (memandu) lebih kerap," kata seorang pengajar lelaki. Chin hanya tersenyum.
Di luar jangkaan pengajar terbabit, Chin mula membuat aksi 'spin tyre' dan mula memasuki fasa pemanduan aksi yang dikenali sebagai 'donut'.
Chin melakukan aksi sama ke atas seorang pengajar wanita, yang sepanjang masa menjerit sambil berpaut pada tali pinggang kaledar.
Dua lagi tenaga pengajar warga asing, langsung keluar dari kereta selepas aksi 'donut' daripada Chin tamat.
"Anda hampir bunuh saya!," kata seorang pengajar lelaki yang segak berbaju kemeja biru. Beliau juga kelihatan memegang kepala dan tidak percaya apa yang telah dialami.
Senario yang terjadi merupakan aksi 'prank' yang diselia oleh maxman.tv, dimana semua aksi lasak Chin dipantau tanpa membahayakan nyawa orang awam dan mangsa prank.
Sehingga kini, video prank tersebut menarik lebih empat juta perhatian pelayar dan dikongsi di laman-laman sosial.
-sinarharian-
-sinarharian-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan