9 Gambar Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Najib Di Kazakhstan

Tranungkite
Berbeza suasananya di Malaysia, majlis persandingan belah pengantin lelaki menerima dan meraikan wakil media secara terbuka. Gambar2 yang tersebar pun cantik-cantik. Manakala persandingan di Malaysia, gambar2 yang tersebar macam gambar curi. Nak sebar pun cuak-cuak. Macam buat jenayah pula. Padahal majlis perkahwinan tue.

Di Kazakhstan, pasangan pengantin Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayer diraikan selama 2 hari berturut-turut dalam satu majlis persandingan yang gilang gemilang.

Bunga menjadi tema majlis 'sambut menantu' di Kazakhstan juga sepertimana bunga menjadi tema di majlis perkahwinan belah perempuan yang diadakan di KLCC pada bulan lepas.

Nampak gayanya, dorang memang suka bunga. Dan bunga bukan sebarang bunga. Bunga segar lagi tue.

Berikut gambar2 perkahwinan tersebut ;
Bunga-bungaan di pintu masuk majlis perkahwinan ;
Hmm.

Pada yang tidak tahu. Just nak bagitau. Majlis persandingan ini diadakan di belah pengantin lelaki oke. So, jangan citer pasal duit rakyat ke apa sebab tak kena tajuk kot.

Haha.

Dari sibuk fikir bab tue baik korang tengok betul-betul rantai dan gelang cantik yang Rosmah pakai tue. Awesome tue. Awesome. Untuk orang yang jaga penampilan bapak gile mewah macam tue kau rasa nak ke dia berdapur kabinet yang kopak sana sini? Fikir-fikirlah ek.
.....
http://www.amenoworld.net

Bernama

Majlis meraikan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak Nooryana Najwa dengan Daniyar Kessibayev di Grand Ballroom Royal Tulip Hotel, Almaty, Kazakhstan, Ahad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta ibu Daniyar, Maira Kessikbayev (kiri) bergambar kenangan ketika meraikan majlis perkahwinan anak mereka Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev di Grand Ballroom Royal Tulip Hotel, Almaty, Kazakhstan, Ahad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan