Osama
Kalau ditanya saya, kenapa saya perlu turun demo #bantahGST ? Saya tanpa ragu dan silu mengatakan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebagai puncanya.Wajah sinis Ahmad setiap kali keluar di kaca televisyen atau akhbar menjadikan semangat saya naik mendadak untuk turun demo #bantahGST.
Saya juga jadi lebih tidak sabar untuk turun bila mendengar dan membaca tentang kebaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilebun olehnya.
Beliau adalah contoh kebanyakan menteri-menteri Kabinet Datuk Seri Najib Razak. Tidak menjawab soalan, tidak konsisten, mengelirukan dan semestinya bahan lawak terbaik di Malaysia.
Sekejap kad prabayar kekal pada harga lama, sekejap kena naik. Begitu juga dengan cukai perkhidmatan. Dengan penuh bangga beliau mengumumkan rakyat boleh memilih untuk tidak lagi membayar 10% cukai perkhidmatan (tip) setiap kali makan di hotel. Kemudian, kembali mengumumkan cukai itu.
Ahmad juga dengan bangganya mengatakan beliau tidak bodoh kerana mendapat CGPA 3.85. Sehinggakan saya tertanya-tanya apakah rasionalnya dengan CGPA itu.
Untuk pengetahuan Ahmad, di Malaysia ini untuk menjadi bodoh bukanlah payah. Untuk menjadi bodoh, anda hanya perlu menjadi menteri.
Ini berlaku kerana Malaysia amat-amat memerlukan orang bodoh menjadi menteri supaya kelak rakyat dapat ketawa.
Kalaulah saya nak senaraikan kebodohan menteri di Malaysia, tak cukup tanah pastinya.
Saya tidak tahu kenapa anda perlu turun #bantahGST, tapi saya turun #bantahGST hanya kerana beliau. Saya yakin dengan pilihan saya.
Bagaimana dengan anda?
-detikdaily-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan