MINGGU lalu, memang nama Johan dan isteri, Ozlynn hangat diperkatakan gara-gara perlakuan pelawak dan penyampai radio itu mencium bibir isterinya dalam satu majlis anugerah, baru-baru ini.
Pelbagai reaksi yang diterima, ada yang boleh terima dan ada juga yang tak boleh menerima perkara tersebut memandangkan majlis itu diadakan secara langsung dan penontonnya pula tidak terhad kepada golongan dewasa sahaja.
Hal ini turut menarik perhatian seorang Imam dari Masjib Bukit Aman, Kuala Lumpur, Ustaz Hassan Al Fadhli Abd Rahman untuk memberikan hujahnya berhubung isu tersebut.
Menurutnya, hukum suami mencium isteri tidak langsung menjadi kesalahan namun ianya berbeza apabila perkara itu dibuat secara terbuka.
“Kita juga harus menutup fitnah yang akan disebarkan oleh orang ramai kerana bukan semua ornag tahu wanita itu (Ozlynn) adalah isteri Johan.
“Contohnya sewaktu di rumah, isteri boleh mempamerkan auratnya kepada suami kerana pada waktu itu tidak ada ornag lain selain suaminya. Namun sewaktu di luar rumah, isteri harus menutup auratnya agar tidak dilihat oleh orang lain.
“Begitu juga, cium di rumah boleh kerana tidak ada orang lain, tetapi depan orang ramai tidak boleh walaupun cium itu halal bagi suami dan isteri,” katanya memetik portal Free Malaysia Today.
Sebelum ini, Johan mempertahankan tindakannya itu kerana ianya merupakan salah satu daripada caranya untuk menzahirkan perasaan gembira dengan isteri tercinta yang sentias menjadi sistem sokongan nombor satu dalam kerjaya seninya.
-MYNEWSHUB.CC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan