Jemputan ingkar: Gambar majlis perkahwinan anak PM disebar (8 Gambar)

anak-najib-khawin
PETALING JAYA: Gambar dan rakaman video majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor tersebar di laman sosial selepas hampir seminggu ia berlangsung.

Tindakan itu sekaligus mengingkari arahan yang tertera pada kad jemputan yang melarang sebarang bentuk rakaman ketika majlis meraikan detik bersejarah, Nooryana Najwa Najib dan pasangannya, Daniyar Kessikbayev diadakan.

“Pada hari yang berbahagia ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran anda bagi meraikan percintaan dan permulaan kehidupan baharu kami bersama.

“Sebagai memelihara semangat keperibadian majlis ini, adalah sangat dihargai jika anda tidak memuat naik sebarang gambar atau video dari majlis ini ke Facebook, Twitter, Instagram mahupun mana-mana laman sosial yang lain.

“Kerjasama dan keperihatinan anda sangat dihargai,” antara petikan yang terkandung dalam kad jemputan yang diedarkan kepada para tetamu jemputan.
Salah seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Nurul Ashikin telah memuat naik lima keping gambar dalam majlis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), 28 Mac lalu.

Salah satu darinya menunjukkan kek perkhawinan setinggi empat tingkat berwarna putih yang dihiasi dengan bunga pelbagai warna.

Malah, saiznya juga mengkagumkan sehingga melebihi ketinggian pasangan pengantin berkenaan.

Sebelum ini, personaliti televisyen wanita Filipina, Kris Aquino telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya yang mendedahkan bahawa pasangan mempelai telah melarang gambar hari bahagia mereka didedahkan untuk tatapan masyarakat umum.
-fmt-

Lagi gambar







Kahwin_Anak_Najib_5
Kahwin_Anak_Najib_3
Kahwin_Anak_Najib_4
Kahwin_Anak_Najib_1

1 ulasan:

  1. dedah foto perkawhinan org gila ni menyalahi undang2 sama mcm dedahkan dokumen rompakan syaitan kt TH.

    pemimpin dn kroni umnu adalah agen yahudi yg diperalat utk memiskinkan rakyat. rakyat yg baik tidak akan diizin utk hidup selesa kerana mereka akan jadi baik berilmu dan bersikap positif.

    rakyat yg dimiskinkan akan mudah ditundukkan, tkde ilmu susah makan, tk kuat utk berjuang dn jauh dr agama.

    illuminati dgn NWO sedang menggunakan alat2 mereka yg memerintah negara utk membazir bg capai agenda mereka itu.

    kerana itu rompak lah byk mana pun mereka tkkan dihukum oleh undang2 yg mereka kuasai bersama.

    bkn PR yg diperalat yahudi, tp yg memerintah dgn zalim dn membzair itulah alat yahudi

    BalasPadam