Tranungkite
PELIK tapi benar. Namun situasi ini didakwa benar-benar berlaku dan bukanlah satu sabotaj oleh mana-mana pihak.
Sejak semalam, heboh dibualkan di media sosial termasuk aplikasi Whatsapp di mana ramai individu berkongsi tentang perbezaan ketara harga barangan di dua syarikat peruncitan gergasi Malaysia, iaitu Tesco dan Mydin.
Melalui perkongsian foto di laman Facebook, seorang pengguna mendapati jurang harga yang ditawarkan dua syarikat tersebut terlalu ketara sehingga mencecah angka RM7! Melampau kan?
Antara perbandingan harga jualan yang dilihat tidak masuk akal ialah ubat gigi jenama Colgate yang mana nilai yang dipaparkan pada papan harga di Tesco adalah RM19.59.
Namun, harga tersebut jauh lebih rendah di Mydin iaitu perbezaan kira-kira RM7 apabila ia ditawarkan pada harga RM12.49.
Bagi produk penghapus kotoran jenama Vanish pula, Tesco menawarkannya pada harga 28.59, lebih RM5 dari tawaran yang dibuat Mydin iaitu pada nilai RM22.90.
Individu tersebut juga berkongsi beberapa barangan lain yang dilihat berbeza dari segi harga ditawarkan, antaranya pencuci pinggan mangkuk jenama Joy dan pencuci pakaian jenama Dynamo.
Senario tersebut menimbulkan 1001 pertanyaan dalam kalangan pengguna di Malaysia; bagaimanakah ia terjadi dan adakah manipulasi harga tersebut sah dan bukanlah bertujuan untuk menipu pelanggan?
Nampaknya, pihak Tesco perlu membuat kenyataan segera kerana pastinya, ia akan menimbulkan keraguan dan mengakibatkan mereka menanggung kerugian kerana ia dilihat mencekik darah dan mengambil kesempatan.
Apa-apapun, secara tidak langsung, situasi ini memaparkan tahap kepenggunaan masyrakat Malaysia yang semakin cekap dan bijak dalam berbelanja.
Kalau jurang perbezaan harga terlalu ketara, anda pun tahu keputusan terbaik yang perlu anda buat, kan…
- MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Datanglah mlintasi sempadan ke Thailand untuk jimat/bantah GST, masih murah. Berbaloi baloi buat pasport . X payah jauh datang kat sempadan Bkt Kayu Hitam atau Padang Besar Thailand ada pasaraya Tesco, jauh lebih murah dari dimalaysia, beli anu dan in sikit sikit x kena cukai, dikira sev=bagai barang kegunaan sendiri. Ubat ubatanpun murah diThailand.
BalasPadamItu la sebab nya saya dah lama tak ke TEsco utk membeli barangan keperlauan diri, serbok/bendalir pencuci di Tesco. Tesco hanya menawarkan harga murah barangan makanan harian seperti ayam, sayur, ikan dn buah2an...yang lain2 nya semua lebih tinggi dari harga kedai biase...tak percaya tuan2 boleh survey
BalasPadamtapi barangan berjenama tesco choice, tesco value lebih murah berbanding jenama lain...mungkin jenama lain mahal nak bagi jenama tesco maju dan cover harga...
BalasPadamperbezaan harga yg amat ketara dari segi jumlah menimbulkan rasa curiga dgn kawalan harga seperti yang dijanjikan oleh kpdnkk. jelas yg menjadi mangsa adalah pengguna... bukan semua org boleh pergi utk berbelanja d mydin. kalau beza setakat sekupang dua boleh le d terima akal... ni semacam ada satu sendikit penipuan utk manipulasi penjualan dan pelanggan... ini menggambarkan kpdnkk sebenarnya tak da kuasa dan tidak ada mekanisma kawalan utk melindungi pengguna.. cakap tak serupa bikin... akhirnya pengguina jadi mangsa.. dan kpdnkk sebenarnya tak peduli dan hanya berlakon nak tunjuk sikap ambil berat... walhal sebenarnya mereka tak boleh buat apa2 atas sebab2 tertentu...
BalasPadam