Najib naik angin tuntut Kor Ming minta maaf pasal Rosmah dalam tempoh 48 jam

Tranungkite
Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming diarah membuat permohonan maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam tempoh 48 jam bermula hari ini.
Peguam, Nur Shafiqa Balqish Jaffri dari Hafarizam Wan & Aisha Mubarak berkata, pihaknya hadir ke Pejabat dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Taiping bagi menyerahkan notis tuntutan kepada Kor Ming.

Menurutnya, permohonan maaf itu berhubung kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya bertarikh 29 Mac 2015 lalu.

“Kenyataan yang dibuat dalam laman facebook tersebut yang bertajuk ‘Siapa PM Malaysia yang sebenar? Jawab!’ turut menerima Like sebanyak 3,697 dan share sebanyak 2,366.

“Kenyataan tersebut didakwa berunsur fitnah kerana mempersoalkan peranan dan tanggungjawab Najib sebagai perdana menteri,” katanya ketika ditemui media, di sini, hari ini.

Nur Shafiqa Balqish berkata, permohonan maaf itu perlu dibuat dalam tempoh 48 jam iaitu bermula dari notis tuntutan itu diserahkan iaitu pada jam 3.35 petang tadi.

“Notis tuntutan berkenaan telah diserahkan kepada wakil Pusat Khidmat Ahli Parlimen Taiping, Ng Sern Wei.

“Dalam masa yang sama, melalui kenyataan yang dibuat Kor Ming itu, secara sindiran menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak kompetan menjadi Perdana Menteri.

“Selain itu, beliau lebih didominasi oleh isterinya dan mengapa Rosmah turut campurtangan dalam mesyuarat cabinet dan menyalahgunakan kedudukan serta tanggangjawabnya sebagai Perdana Menteri” katanya.

Sementara itu, Kor Ming yang dihubungi berkata, pihaknya akan merujuk perkara tersebut kepada peguamnya terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan