Tiada istilah rogol bagi pasangan suami-isteri -Mufti Perak

FMT Reporters
Seorang lelaki Islam tidak memerlukan persetujuan isterinya untuk melakukan hubungan seks kerana perkahwinan itu sendiri memberinya hak terhadap wanita yang dinikahinya.
hizbut-harussani
hizbut-harussaniPETALING JAYA: Tiada istilah rogol bagi pasangan yang telah berkahwin dalam Islam kerana suaminya mempunyai hak ke atas isterinya.

Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, terdapat hadis daripada Rasullullah di mana Baginda berkata sekiranya pasangan berkenaan sedang menunggang unta dan si suami meminta isteri melakukan hubungan seks, dia mesti melakukannya.

Katanya yang dipetik daripada Malay Mail Online, selepas dinikahi dan mas kahwin dibayar, isteri tiada hak untuk menolak permintaan suami untuk melakukan hubungan seks kecuali dia berada dalam keadaan haid dan uzur.

Jika ia dilanggar, perbuatan suami dianggap sebagai berdosa.

“Katanya tiada istilah rogol dalam perkahwinan. Ia dibuat Barat dan kenapa kita ikut,” soalnya.

Sebelum ini, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) ,turut membangkang kempen Kempen kesedaran rogol, “Rape is Rape, No Excuses” yang dilancarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin.

Abdul Hakim Othman dari (HTM) dalam satu temubual dengan Malay Mail Online mengesahkan seorang lelaki Islam tidak memerlukan persetujuan isterinya untuk melakukan hubungan seks.

Tuntutnya lagi, perkahwinan itu sendiri memberikan hak terhadap tubuh pasangannya.

Jelasnya, seorang isteri boleh dianggap berdosa jikalau menolak pelawaan seks suaminya.

Begitu juga dengan suami, di mana mereka mempunyai tanggungjawab dan menjadi kewajipan untuk memenuhi permintaan seks si isteri.

“Itu adalah hak suami dan isteri … Apabila anda melakukan hubungan seks sebelum kahwin, ia berdosa. Tetapi jika anda melakukannya dengan isteri atau suami anda, anda akan mendapat berkat,” katanya.

Bagaimanapun, dia mengakui, adalah salah jika seks melibatkan serangan fizikal seperti dipukul, ditendang suami.

“Kita perlu melihat tahap keseksaan, selagi ia tidak mencederakan, tidak apa.”kata Abdul Hakim.
-fmt-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan