Bintang Bollywood, Salman Khan tergamam dan terduduk selepas dijatuhi hukuman penjara lima tahun



Mumbai (India): Bintang Bollywood, Salman Khan tergamam dan terduduk selepas dijatuhi hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, kerana didapati bersalah membunuh seorang lelaki gelandangan dalam kejadian langgar lari pada 2002.

Hakim D W Despande mendapati Salman bersalah membunuh lelaki dikenali sebagai Nurulah Mahbob Sharif selepas memandu Land Cruiser miliknya ke arah sekumpulan gelandangan yang sedang tidur di pinggir bandar raya Mumbai dan menolak dakwaan bahawa pemandunya yang memandu kereta terbabit.

"Selepas meneliti segala fakta yang diutarakan kedua-dua pihak, saya merumuskan penjara lima tahun adalah hukuman yang setimpal," katanya dalam sidang mahkamah.

Salman sebelum ini mendakwa bukan dia yang memandu kereta berkenaan dan hukuman ini dijangka memberi impak cukup besar kepada karier bintang terkemuka berkenaan.

Bintang filem ‘Dabangg' itu dikatakan melarikan diri dari lokasi kejadian yang menyebabkan seorang mati dan empat lagi cedera.

Isteri mangsa, Begum Shaikh berkata, keluarganya terpaksa menunggu lama, namun bersyukur kerana akhirnya mendapat keadilan. 
- AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan