PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau lebih terkenal dengan panggilan Che Ta berkongsi rahsia kehidupan mewahnya sebagai penggiat seni.
Menurut Che Ta, 42, dia mengamalkan tabiat menyimpan wang dan melabur hasil kerja kerasnya dalam bidang seni dan menggunakan dividen untuk membayar hutang.
“Lima tahun dahulu saya bekerja kerana wang. Melalui wang itu saya menyimpan dengan baik sebagai pelaburan. Kini saya hanya menggunakan dividen dari hasil simpanan itu untuk menyelesaikan hutang selama setahun. Selebihnya barulah saya belanja,” katanya.
Dia berkata, penting baginya mendisiplinkan diri untuk menyimpan wang dan berjimat cermat bukannya bagaimana membelanjakan wang itu.
Che Ta berkata, dia masih belum layak mendapat status antara selebriti terkaya di Malaysia tetapi masih berusaha menuju ke arah itu.
“Saya tidak kaya tetapi saya tidak nafikan kehidupan kini agak selesa. Saya masih bekerja keras untuk mencapai apa yang diidamkan sama macam orang lain juga,” katanya.
Che Ta menjadi duta kepada lapan produk berbeza dan layak dikategorikan sebagai selebriti tempatan paling banyak menjadi duta produk.
“Siapa kata wanita kalau dah masuk usia 40 tahun tidak perlu jaga kecantikan? Persepsi inilah yang menyebabkan ada wanita menyorok bawah katil sebab rasa dirinya sudah tidak cantik,” kata Che Ta seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan