PETALING JAYA: Laman rasmi Facebook Familia Myvi Club (FMC) memuat naik status yang memperlekeh orang Melayu.
Kenyataan berkenaan dibuat susulan nasihat daripada UMNO supaya anggota kelab berkenaan menanggalkan pelekat kereta, susulan nahas yang mengorbankan tiga nyawa di Lebuh Raya Damansara Ulu Kelang (DUKE), 2 Mei lalu.
“Ye lah, orang melayu ni kan kalau nampak je melayu lain lalu depan gereja, terus dicap sebagai kafir. Nampak aje melayu bawak moto, terus cap semua bawak moto ni miskin.
“Sama la jugak kalau korunk nampak sticker fmc kat 100 bijik kete, semua 100 bijik tu la korunk cap kaki lumba. Padahal yana bawak kereta yana ni tak pernah cecah 110km/j pun”, luah Yana dalam status berkenaan.
Sebelum, dalam beberapa status yang dimuat naiknya, mengundang kontroversi termasuk penafian enam kereta yang terbabit dalam kemalangan berkenaan tidak terlibat dengan perlumbaan.
Bagaimanapun terdapat terdapat dakwaan akaun FMC ini, palsu.
Sementara itu, satu akaun Facebook telah diwujudkan olen netizen menggunakan nama Kami Benci Yana Familia MyVi Club yang mendesak kelab itu dibubarkan dan pesalah didakwa.
Sehingga berita ini ditulis, akaun Facebook itu telah mendapat hampir 60,000 likes.
-fmt-
Nak tengok jugak gambar 'Yana' yg x pernah speed more than 110kmh...mintak tolong publishkan kat internet..
BalasPadamApa2 pun patut diberi pujian kepada Perodua...berkenaan kekuatan produk MYVI yang speednya kurang 110kmh, tp hentam Pajero Sport almost total lost...hehehe
kalau ngkau menipu @ berbohong...mungkin kat dunia ni nkau boleh lepas...tp nkau tak tahu nasib nkau dan keluarga nkau...kalau Allah Ta'ala nak bayar cash..anytime je...
BalasPadamDan..nkau mesti ingat...kalau nkau menipu @ berbohong sbb nak lepaskan diri di dunia...nkau tanggung le azab akhirat kelak...itu PASTI...
Aku cuma doakan semoga PEMBUNUH ibu/bapa kepada 2 anak yatim piatu tersebut dilaknati Allah Ta'ala, sekiranya dia menipu @ pembohong @ repot polis palsu dengan niat untuk melepaskan diri dari hukuman.