Heboh diperkatakan Datuk Siti Nurhaliza bercerai

Siti NurhalizaSETELAH timbul khabar angin tersebar baru-baru ini menyebut rumah tangga pasangan Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, hari ini mereka tampil membidas penyebaran berita itu melalui sekeping gambar yang dimuat naik di laman sosial, Instagram.
Malah, melalui kapsyen yang ditulis Siti, aksi suaminya atau lebih dikenali dengan nama Datuk K dikatakan ditujukan buat blogger yang menulis artikel tersebut.

“Bila tak sedia inilah jadinya. Suami saya pula sempat buat ‘pose’ untuk ‘blogger tak sekolah’ itu.

“Terima kasih semua yang prihatin pada kami berdua. Doakan yang baik-baik buat kami kerana doa yang baik itu akan kembali kepada kalian semua,” tulisnya.

Gambar yang dimuat naik pagi tadi itu menunjukkan Siti dan Datuk K berpegangan tangan sambil ketawa gembira.

Melalui kapsyen itu juga, Siti mengajak semua orang menginsafi diri sempena datangnya bulan Ramadan.

“Bulan Ramadan pun semakin dekat. sama-samalah menginsafi diri dan memohon petunjuk hidayah kepada ALLAH SWT.

“...Kita hambaNYA yang lemah dan tak sempurna,” katanya lagi.

Sebelum ini, Siti melahirkan kekesalan dengan berita yang disebarkan itu dengan berdoa supaya penyebar fitnah itu diberi hukuman sebaik-baiknya oleh ALLAH.

“Ya ALLAH, hanya dikau yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Dikau berilah hukuman sebaik-baiknya buat pemfitnah yang menyebarkan firnah ini.

“Semoga mereka kembali ke jalan yang benar. Amin Ya Rabb... #taktakutkekenapanahpetir,” tulisnya.
-sinarharian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan