Penyamun lelaki berbaju kurung!


ANGGOTA polis memeriksa kereta mangsa yang ditemui semula.

Segamat: “Kononnya dia berpakaian wanita kerana menghormati saya sebagai seorang warga emas,” kata seorang suri rumah yang berdepan detik cemas apabila rumahnya di Kampung Jawa, Buloh Kasap di sini, dimasuki tiga penjenayah termasuk seorang berpakaian baju kurung dan bertudung, kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, Khatijah Suratin, 68, terkejut apabila disergah tiga lelaki termasuk seorang yang berpakaian wanita dan bersenjatakan parang sebaik menunaikan solat Subuh.

Menurutnya, ketika kejadian, dia bersendirian di rumah kerana suaminya, Ilham Marion, 74, berada di surau berdekatan apabila keluar untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

“Selesai solat Subuh, saya ke dapur untuk membasuh kain dan ketika itu muncul tiga lelaki termasuk seorang yang memakai baju kurung manakala seorang lagi memegang parang.

“Mereka tidak menutup muka dan terus menggeledah rumah termasuk bilik tidur sambil memberi amaran supaya tidak menjerit sekiranya tidak mahu diapa-apakan,” katanya ketika ditemui.
-hmetro-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan