Polis belasah askar Yahudi cetus huru-hara

Polis belasah askar Yahudi cetus huru-hara
Polis belasah askar Yahudi cetus huru-hara Sebuah video viral menunjukkan seorang askar Yahudi minoriti Ethiopia dibelasah polis menjadi pencetus utama protes ganas sepanjang minggu lalu.
TEL AVIV - ISRAEL. Sebuah video viral yang menunjukkan seorang askar Yahudi minoriti Ethiopia dibelasah polis menjadi pencetus utama protes ganas sepanjang minggu lalu.

Menurut CNN, askar tersebut, Koperal Demas Fikadey, 21 sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya apabila beliau ditahan seorang polis.

Berdasarkan rakaman video litar tertutup (CCTV) polis tersebut merampas basikal dan telefon bimbit Fidakey sebelum bertindak ganas.

Seorang lagi polis turut kelihatan menyerbu dan membelasah Fidakey beberapa saat kemudian.

Peristiwa tersebut menyebabkan protes di merata-rata tempat di Israel sebagai langkah mengecam tindakan penindasan terhadap minoriti Ethiopia.

Sebuah protest di Rabin Ahad lepas bertugar ganas apabila penunjuk perasaan bertindak memecahkan cermin kedai dan merosakkan kereta polis.

Seramai 57 pegawai polis cedera manakala 43 penunjuk perasaan ditahan.

Difahamkan, penindasan terhadap minoriti Yahudi Ethiopia oleh polis dan pihak berkuasa telah berlaku selama beberapa tahun di Israel.
-sinarharian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan