EMMA (depan) mengusung tilam dengan bantuan rakannya.
New York: Seorang pelajar Universiti Columbia mengheret tilam seberat lebih 20 kilogram di atas pentas ketika majlis graduasinya sebagai protes terhadap perogolnya yang turut menerima ijazah bersamanya.
Emma Sulkowicz membawa tilam sekitar kampus universiti itu selepas mendakwa rakannya warga Jerman Paul Nungesser sebagai perogol bersiri yang memperkosanya dan dua pelajar lain.
Nungesser tidak pernah didakwa terhadap jenayah yang dilakukan selepas pejabat pendakwa menganggap kes terhadapnya tidak cukup kukuh. Malah, lelaki itu turut menyaman universiti berkenaan.
Emma berazam membawa tilam itu ke mana saja sehingga Nungesser dibuang dari universiti berkenaan, malah enggan berjabat tangan dengan Presiden Universiti, Lee Bollinger ketika menerima diplomanya.
-hmetro-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan