Ahmad Awang Dihalang Ceramah Di Masjid Tok Guru

KOTA BARU: Calon tunggal yang bertanding menentang Presiden PAS, Ahmad Awang kini berhadapan cabaran apabila tidak dibenarkan memberi ceramah agama di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka pada Isnin malam.

Penganjur, Dr Rosli Alani Abdul Kadir mendakwa, adik kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Din membantah kehadiran Ahmad.

"Saya tidak faham kenapa Ahmad dihalang daripada menghadiri majlis ceramah itu sedangkan arwah Tok Guru tidak pernah berbuat demikian.

"Lagi pun ustaz Ahmad tidak menggunakan pentas itu untuk tujuan politik atau berkempen," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS di sini ketika dihubungi pada Selasa.

Majlis ilmu itu dianjurkan anak Nik Abdul Aziz sendiri iaitu Nik Omar.

Ahmad, bekas Pesuruhjaya PAS Perak akan bersaing satu lawan satu dengan penyandang jawatan nombor satu parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 6 Jun ini.

Dr Rosli Alani menambah, tindakan menghalang Ahmad memberi ceramah di masjid itu tidak seiring dengan amalan Tok Guru yang sentiasa memberi penekanan mengenai pentingnya ilmu dalam Islam.

"Masjid tidak seharusnya digunakan untuk tujuan lain kecuali ceramah agama, lebih-lebih lagi ustaz Ahmad dijemput oleh ahli keluarga Tok Guru sendiri," katanya.

Difahamkan Nik Din membantah kehadiran Ahmad kerana bimbang ceramah itu akan digunakan untuk berkempen.

Sehubungan itu, Nik Omar mematuhi permintaan bapa saudarannya bagi mengelak timbul sebarang kontroversi.

Bagaimanapun, kedua-dua Nik Din dan Nik Omar atau Ahmad tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen masing-masing.
-mstar-

2 ulasan:

  1. Dah lebih kurang UMNO aje.PAS dah layak bergabung dgn UMNO.

    Boleh lah sekelambu dgn MIC,MCA @ GERAKAN

    BalasPadam
  2. Auta lah gerak saraf ur UMNO 👇 Article 11: Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan UMNO yang memerdekakan orang Melayu tahun 1957.

    Perlembagaan itu lah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil, undang-undang syara’ akan terbatal.

    Article 4 pula menyatakan: “Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’.

    Maksud agama rasmi kita Islam: adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam.
    Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk.

    Tahun 1997,

    Bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja,516 orang sudah murtad Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

    BalasPadam