Ketua Cabang PKR dedah punca keluar parti, sertai DAP

pas-pkr-dap_600
PETALING JAYA: Seorang bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan punca dia meninggalkan parti itu dan menyertai DAP.


Dia yang keluar PKR dan menyertai DAP pada 16 Mei lalu mendakwa, PKR sebuah parti yang tidak terutus dan mempunyai polisi bercanggah.

Katanya,pemimpin tertinggi PKR sering meminggirkan dan tidak menghargai ketua-ketua cabang dan ahli peringkat bawahan.

“Saya memilih menjadi ahli DAP kerana parti ini lebih menghargai saya. Walaupun saya keluar dari PKR, mereka tetap menerima saya,” katanya kepada FMT.

Dia yang pernah berkhidmat dengan seorang bekas EXCO Selangor turut mengkritik pentadbiran Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang didakwanya mengamalkan pembaziran.

Dia memberi contoh pembaziran apabila Kerajaan Selangor memperuntukkan RM15 juta untuk Pasukan Bola sepak Selangor (FAS), dua kali ganda lebih tinggi berbanding pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Saya tak nampak keperluan Kerajaan Negeri keluar duit dalam jumlah yang terlalu besar untuk membayar gaji pasukan bola sepak, ” katanya yang mengakui pengurusan kewangan Selangor lebih baik di bawah Abdul Khalid.
-fmt-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan