Faiz Zainudin
Parti baru itu akan menggantikan Pas dan bergabung dengan DAP serta PKR di bawah 'pakatan baru.
PETALING JAYA: Parti baru yang akan ditubuh oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) merancang untuk bertanding di kawasan yang ditandingi Pas pada pilihan raya akan datang.
Presiden PasMA, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, parti itu akan menggantikan Pas oleh kerana Pakatan Rakyat (PR) sudah tidak lagi wujud.
Bagaimanapun, parti baru itu tidak akan bertanding di kawasan yang ditandingi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Kita akan masuk bertanding yang berpotensi untuk menang. Fokus kita untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) jadi kawasan yang ditandingi PKR dan DAP, kita tidak akan meletak calon,” katanya kepada FMT.
Phahrolrazi berkata, parti baru itu akan bergabung dengan DAP dan PKR untuk membentuk pakatan baru yang memberi fokus menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Dia menaruh kepercayaan bahawa Pas tidak akan mampu meraih kejayaan besar kerana bergerak sendirian sekali gus menjadi parti kecil berbanding BN dan pakatan baru.
-fmt-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan