Rogol nenek berusia 101 tahun: Perompak mengaku gagal kawal nafsu

Milwaukee (Amerika Syarikat): Seorang penjenayah memberitahu polis dia merogol seorang nenek berusia 101 tahun kerana bernafsu melihat mangsa berbaring di atas katil ketika merompak rumah wanita itu.

Antoine Devon Pettis membuat pengakuan itu selepas ditahan polis kerana disyaki merompak dan merogol warga emas berkenaan.

Pettis berkata, dia hanya merancang untuk merompak dan tidak merancang merogol wanita berkenaan.

“Kalau saya merancang untuk merogol mangsa sudah tentu saya membawa kondom.

“Saya mahu merompak, tetapi saya mengubah fikiran selepas mendapati mangsa terlalu menarik ketika berbaring di katil,” katanya.

Polis berkata, serangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan terpaksa dirawat di hospital.

Pettis ditahan tidak lama selepas polis mengesan DNA lelaki itu pada badan mangsa.

Lelaki itu berdepan hukuman penjara selama 55 tahun sekiranya didapati bersalah atas tuduhan merogol, menyerang dan merompak./klpost

Tiada ulasan:

Catat Ulasan