Video lagu: 'PAS yang dulu bukanlah yang sekarang' ???



Kumpulan konservatif terus mendapat penolakan daripada bekas 'orang kanan' mereka ketika berusaha mendapatkan sokongan rakyat suatu ketika itu.

Hari ini bekas penyanyi Aishah membuat beberapa catatan di Facebook dengan menyindir golongan berkenaan.

Menggunakan lirik lagu Tegar, Aishah menyinggung kumpulan proulama PAS:

PAS yang dulu bukannya yang sekarang,
dulu PAS for All sekarang PAS for ustaz
dulu dulu dulu dakwah kasih sayang
sekarang dakwah siku lutut

Cita-citaku menjadi hamba mulia

dibimbing oleh orang yang kuat agama
tapi tapi tapi apa dah jadi
jemaah dicaci begini

Pernah menjadi anggota Dewan Muslimat PAS, beliau yang mempunyai nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin juga menyindir sikap pemimpin proulama.

Aishah yang sebelum ini terkenal dengan lagu Janji Manismu juga menulis di Facebooknya, PAS ketika ini tidak lagi membawa pendekatan seperti pernah dikenalinya.

Kata Aishah, parti itu pernah membawa slogan “PAS Untuk Semua" tetapi kini dilihat seolah-olah hanya golongan ustaz sahaja yang berhak berada dalam barisan kepimpinan parti berkenaan.

Dalam tulisan lain, Aishah yang pernah bertanding di atas tiket PAS untuk kerusi parlimen Jempol turut menolak pelantikan sebagai anggota Biro Kesenian Kebudayaan dan Rekriasi PAS.

Aishah dengan sinis menulis: "Hai la ustazah nak cari juga jebon-jebon parasit PAS buat apa. Ustazah carilah ustazah yang boleh buat kerja tu, hehe jangan cemari 'kebersihan' pimpinan baru ini, katakan tidak pada pelantikan,” katanya.

Dalam pemilihan Dewan Muslimat PAS lalu, semua penyandang jawatan tertinggi itu gagal mempertahankan jawatan masing-masing dan telah ditewaskan oleh calon yang dikatakan proulama.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan