Johor Baharu: Polis menahan empat individu bagi membantu siasatan insiden kekecohan sewaktu program dihadiri beberapa pemimpin DAP di Taman Megah Ria, Masai, di sini, Ahad lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam DSP Norazam Shaari berkata kesemua individu yang berumur 29 hingga 54 tahun itu, ditahan antara 1 tengah hari dan 4.30 petang, semalam.
“Siasatan sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti individu lain yang turut terlibat dalam insiden tersebut bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam satu kenyataan Khamis.
Norazam turut menasihati orang ramai untuk tidak melakukan perbuatan yang boleh menggugat ketenteraman awam dengan bertindak membelakangkan undang-undang negara.
Norazam berkata polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang menggugat kententeraman awam dan tindakan tegas akan dikenakan ke atas mereka yang terlibat.
Dalam kejadian Ahad lepas, beberapa pemimpin DAP termasuk anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang yang menghadiri Program Forum Kedai Kopi DAP bersama masyarakat Sabah dan Sarawak di sebuah kedai makan di Taman Megah Ria, dihalau sekumpulan individu.
Dalam kejadian 1 tengah hari itu, kumpulan berkenaan yang didakwa penyokong sebuah parti politik menyerbu kedai tersebut ketika Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong membuat ucapan yang didakwa berbaur provokasi,
-Bernama-
Tu la kejayaan amno......
BalasPadamTolonglah melayu Johor jgn jadi tak bertamudun
BalasPadamSingapore sebelah jer..dah maju.. Johor apa jadi