Guru PASTI dituduh melakukan kelucahan melampau terhadap muridnya berusia 4 tahun

Guru Wanita Suruh Muridnya Hisap Buah Dadanya
Terengganu: Seorang guru wanita dari Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) didakwa menjadikan seorang anak muridnya berusia empat tahun sebagai pemuas nafsu.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah pusat asuhan yang terletak di Kampung Mak Chili, Kemaman, Terengganu.

Guru wanita terbabit didakwa melakukan perkara keji itu di pusat asuhan berkenaan pada 8 Julai lalu.
Perkara itu telah diketahui oleh ibu kanak-kanak tersebut selepas anaknya menceritakan kepadanya tentang pelakuan guru terbabit ketika hendak mandi.

Ibu kanak-kanak terbabit telah membuat laporan polis berhubung kejadian tidak bermoral berkenaan.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa, guru wanita terbabit telah menyuruh anak muridnya itu menghisap buah dadanya sambil dia berbuat perkara sama kepada mangsa.

Guru terbabit turut menghisap kemaluan kanak-kanak itu sambil melakukan seks ringan.

Selain laporan polis, ibu mangsa yang masih tidak berpuas hati telah memberitahu pihak pengurusan pusat asuhan berkenaan agar tindakan diambil ke atas guru wanita terbabit.

Susulan itu, pihak pusat asuhan berkenaan kini melakukan pemantauan terhadap guru wanita terbabit.
Laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa itu telah menjadi viral di media sosial.

Menurut ibu mangsa lagi yang dipetik dari laporan polis berkenaan, perbuatan terkutuk seperti itu telah meninggalkan kesan terhadap pertumbuhan fizikal dan mental anaknya.

--------------------

Sulaiman-Sulong,pasti
PASTI Terengganu nafi laporan guru terlibat melakukan kelucahan melampau
FMT Reporters 
PETALING JAYA: Jabatan PASTI Negeri Terengganu menafikan sekeras-kerasnya laporan yang mendakwa seorang guru wanita PASTI terlibat melakukan kelucahan melampau terhadap seorang muridnya.

Pengarahnya, Sulaiman Sulong berkata, berita yang dikeluarkan mengaitkan seorang tenaga pengajar PASTI di sebuah pusat asuhan di Kemaman itu didapati sangat tidak benar dan berniat jahat.

“Pengurusan PASTI Negeri Terengganu menafikan sekeras-kerasnya bahawa guru yang dimaksudkan adalah tenaga pengajar PASTI berkenaan dan beliau juga adalah bukan guru PASTI.

“Penyebaran berita yang sangat tidak berakhlak terutama dalam umat Islam sibuk dengan pencarian Lailatul Qadar malam penuh berkat di sepuluh akhir Ramadhan ini sangat dikesali dan mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap PASTI sebagai sebuah pusat asuhan yang telah melahirkan pelajar soleh pintar yang unggul di Terengganu.

“Oleh itu, PASTI dengan ini menuntut agar pihak yang terbabit menyiarkan berita berkenaan menarik balik berita tersebut dan seterusnya memohon maaf secara terbuka di atas penyiaran berita yang tidak berasas dengan serta merta.

“Sekiranya pihak yang berkenaan gagal untuk melakukannya maka pihak PASTI tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan imej yang cuba dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan media.

Berita yang disiarkan Terengganu Times itu menjadi viral di laman sosial apabila turut memuatkan salinan laporan polis yang didakwa dibuat oleh ibu kepada kanak-kanak terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan