Jet Bawa Taib Mahmud Langgar Pesawat MASWings (Gambar)

KUCHING: Sebuah jet yang membawa Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud merempuh pesawat MASWings selepas mendarat di Lapangan Terbang Mukah pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau berkata sayap kiri jet yang dinaiki Taib merempuh bahagian depan pesawat MASWings berkenaan.

"Jet itu baharu sahaja mendarat dan sedang menuju ke terminal sebelum merempuh pesawat MASWings yang sedang parkir," katanya ketika dihubungi.

Bahagian depan pesawat MASWings didapati kemik manakala lampu di bahagian sayap kiri jet mengalami kerosakan.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden yang berlaku pada pukul 4.42 petang itu.

Taib berada di Mukah untuk menghadiri majlis berbuka puasa.
-mstar-

2 ulasan:

  1. Ni sorang lagi usahawan berjaya negara malaysia...

    BalasPadam
  2. Ni sorang lagi usahawan berjaya negara malaysia...

    BalasPadam