Kalau Parlimen bubar esok, BN kalah - Muhyiddin Yassin

DIYANA IBRAHIM
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia susulan daripada maklum balas rakyat akar umbi yang dilihat mula menunjukkan sokongan yang kurang terhadap BN. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 26 Julai, 2015.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia susulan daripada maklum balas rakyat akar umbi yang dilihat mula menunjukkan sokongan yang kurang terhadap BN. 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia susulan daripada maklum balas rakyat akar umbi yang dilihat mula menunjukkan sokongan yang kurang terhadap BN. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 26 Julai, 2015.

Barisan Nasional (BN) akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14) dilakukan dalam tempoh terdekat ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kebimbangan timbalan perdana menteri setelah melihat daripada maklum balas rakyat akar umbi yang dilihat mula menunjukkan sokongan yang kurang terhadap parti itu.

"Dalam suasana negara yang dihadapi kini saya rasa agak tergamam apa yang patut saya cakapkan, tapi saya nak ingatkan apa yang diungkapkan dalam perhimpunan agung tahunan lalu mengulas megenai dakwaan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu mereka menang undi popular.

"Dan walaupun kita menang namun pada waktu itu jika undi popular berterusan turun sebanyak 2 % maka ia akan menyaksikan BN kalah dalam PRU akan datang.

"Juga saya ada bertanyakan dalam pertemuan retreat dengan pimpinan Wanita Umno di Putrajaya. Saya tanya bagaimana kalau perdana menteri bubar Parlimen adakah kita akan menang atau tidak, tidak ada seorang pun yang menjawab yakin untuk menang," katanya semasa ucapan penutup mesyuarat Umno Cheras di Kuala Lumpur hari ini.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan