Lagi Samseng Melayu umngok bodoh bergaduh sampai nak keluar pistol di bazar Ramadan (video)

FMT Reporters
bazar-gaduh
PETALING JAYA: Dua kumpulan samseng dilaporkan bergaduh di tapak bazar Ramadan di Jalan Taiping Klang, pada awal pagi tadi.

Rakaman visualnya kemudian dimuat naik dan dikongsi di laman Facebook Friends of PDRM.

Ketika aksi bergasak dirakamkan, kedengaran salah seorang daripada mereka meminta rakannya mengambil pistol dari dalam keretanya.

“Kunci…kunci…nak ambil pistol bos” antara audio yang sempat dirakam.

Ketika itu kelihatan seorang wanita cuba campur tangan dan cuba meredakan ketegangan yang berlaku.

Motif sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun berdasarkan komen yang diberikan, ia dikatakan mempunyai kaitan dengan perebutan tapak bazar.

“Mcm ni sbnarnya cerita..geng a dikatakan buat kacau kt kawasan geng b kerana berebut satu tapak bazar,sejak puasa pertama lagi tapak tersebut dibiar kosong kerana tiada org pon yg berani berniaga disitu kerana dibooking oleh geng b,geng a juga cuba booking tapak tu dari awal tp geng b dah dapatkan dulu tp tetap dibiarkan kosong,tapak yg menjadi rebutan tu berdekatan dengan sepohon kayu daunnya rimbun,lebat bunganya serta buahnya,walaupun hidup seribu tahun kalau x sembahyang apa gunanya…lalalala…dah2…aku kencing jer….g sembahyang subuh…”, komen Azim Anuar.

Saksikan video di sini
-fmt-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan