Menteri harus minta maaf selepas ‘pengakuan’ Melanyi palsu, kata Rafizi

Setiausaha agung PKR Rafizi Ramli berkata, pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan harus meminta maaf susulan video pengakuan bekas wartawan Sarawak dibuktikan palsu oleh Sarawak Report. 

Pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan harus meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana mempromosikan "berita palsu", susulan video pengakuan bekas wartawan Sarawak dibuktikan palsu oleh Sarawak Report, kata setiausaha agung PKR Rafizi Ramli hari ini.

Menggesa siasatan dijalankan terhadap laman pemberi maklumat itu, Rahman dalam kenyataannya merujuk kepada video "pengakuan" Lester Melanyi yang diubahsuai Sarawak Report dan dokumen palsu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Lester juga berkata, beberapa pemimpin pembangkang, termasuk Rafizi, bekerjasama dengan Sarawak Report dalam melakukan pengubahsuaian yang didakwa itu.

Bagaimanapun, rujukan Lester kepada seorang pakar grafik web yang didakwa bekerja untuk Sarawak Report dibuktikan palsu oleh laman tersebut, yang mendedahkan individu dalam gambar itu sebenarnya seorang pengurus bas di United Kingdom.
"Ia juga menjadi satu tamparan dan pengajaran kepada menteri itu yang tampil ke hadapan kononnya mendedahkan perkara ini," kata Rafizi.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan