Mungkin Mahathir sedang berbicara panjang dengan Muhyiddin

Mohd Sayuti Omar

ILUSI
Barang kali sebaik sahaja Jawatankuasa Khas yang menyiasat dakwaan WSJ berhubung berlaku pengaliran wang 1MDB sebanyak USD600 juta mengumumkan enam akaun milik orang tertentu yang dipercayai kepunyaan Najib Razak dibekukan semalam, Dr Mahathir Mohamad terus menghubungi Muhyiddin Yassin.

"Hallo, Muhyiddin, ni Mahathir.."
"Iya Sir..."

Mungkin dalam percakapan itu Mahathir meminta Muhyiddin bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Najib. Buat permulaan ialah memangku jawatan perdana menteri.

"You kena siap sedia.."

Iya, sekiranya siasatan selanjutnya menemui bukti lebih jelas bahawa akaun yang dibekukan itu sah milik Najib tidak teragak-agak lagi Najib dengan penuh sukarela perlu berundur secara sukarela atau pun setidak-tidaknya bercuti. Kalau beliau bercuti Muhyiddin akan dilantik menjadi pemangku perdana menteri.

"I am, ready sir..."

Reputasi Najib ketika ini sangat buruk dan ia membusuk bukan sahaja maruah keluarganya, tetapi negara juga.

Seperti mana kata Mahathir isu Najib dengan isu 1MDB mengotorkan negara ini.

Kebusukan yang diruapkan oleh Najib bukan sahaja menyumbat lubang hidung pemimpin parti pembangkang, tetapi ikut sama memasuki ke lubang hidup pimpinan dalam kerajaan sendiri. Hampir 50 peratus menteri Kabinet dari semua fraksi sudah mulai sangsi kepada Najib.

Pendedahan dibuat oleh jawatankuasa khas itu menyebabkan para pembela Najib tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Mereka dengan sendiri kena menghentikan "senanam duduk bangun, bangun duduk" mempertahankan Najib. Boleh jadi juga Haron Din dan Haji Hadi turut termenung dan mengeluh panjang. "Khalaf..."

Yang menganggotai jawatankuasa itu bukan sembarangan. Ia terdiri daripada Peguam Negara, Ghani Petail, Gebenur Bank Negara, Zetti Aziz, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar dan Pengerusi SPRM Abu Kassim. Semuanya bertaraf negara belaka.

Mungkin ramai orang sedang menanti apa komen Salleh Said Kuak, Bung Mokhtar, Abdul Rahman Dahlan, Ahmad Maslan, Shahrir Abdul Samad, Annuar Musa, Musa Aziz, Syed Ali Al Abasi dan lain-lain berhubung pembekuan enam akaun itu.

Sehingga jam 6:12 minit petang ini belum ada apa-apa komentar daripada mereka. Tampaknya mereka masih berpuasa tanpa sahur mengenai hal ini. Yang ada hanya dari ketua Perkasa(m) Inchek Ibrahim Ali yang meminta bersabar menunggu siasatan lanjut dan dalam masa sama menghentam pemimpin DAP dan PKR, serta mengecualikan pemimpin Pas, kerana katanya dia ada hajat dengan Pas. Masa bertahlil di rumah Tengku Razaleigh Hamzah kelihatan rapat benar dia dengan bekas Setiausaha Agung Pas. Ketawa bergrekek.

Berbalik kepada kemungkinan Mahathir menghubungi Muhyiddin tadi, mungkin juga Mahathir minta TPM datang berjumpanya malam ini. Kalau malam kelmarin Najib mengadakan perjumpaan sulit bagi membincang masalahnya, mungkin malam ini giliran Mahathir pula. Mahathir akan mejadi lead merangkakan tindakan seterusnya bagi pihak Muhyiddin.

"You free tak malam ni?'
"What time sir.."

Jaga-jaga dan pakat lihat malam ini ke mana orang-orang seperti Shafei Afdal, Ahmad Zaid Hamidi, Khairy Jamaluddin, Mukhriz Mahathir, Annuar Musa, dan beberapa yang lain berbuka puasa atau pun berqiamulail untuk menanti "lailatu qadar." Sama-sama pakat perhatian. Dan jika Khairy ikut sama, ia satu perkembangan baru dalam pembentukan kerjasama Mahathir dengan pemuda pimpinan Khairy.

Esok atau lusa pasti akan ada satu kenyataan bersama menggemparkan dikeluarkan meminta Najib Razak bercuti dan mendesak supaya Muhyiddin memangku jawatan Perdana Meteri. Kita tunggu. Tentunya desakan itu sepadu dengan permintaan gabungan ahli pembangkang yang berhimpun di atas tangga parlimen hari ini yang mahu Najib bercuti.
-http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan