Reaksi netizen memeranjatkan Najib

Sokongan untuk Muhyiddin melimpah ruah di Facebook

Rakyat Malaysia menzahirkan sokongan masing-masing kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di laman Facebook peribadinya hari ini, tidak lama selepas beliau memuat naik satu kenyataan, respons kepada penyingkirannya sebagai timbalan perdana menteri.

Kenyataan yang disiarkan 3 jam lalu, setakat ini menerima Like daripada lebih 131,000 orang dan dikongsi lebih 31,000 kali.

Ramai yang melahirkan sokongan kepada Muhyiddin dan ada yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menggugurkan timbalannya dan sesetengahnya menasihatkan bekas timbalan perdana menteri itu supaya melawan Najib dalam pemilihan Umno akan datang.

Najib adalah presiden parti Melayu itu sementara Muhyiddin timbalannya.

Azizi Hashim dalam komennya menenangkan Muhyiddin, memberitahunya beliau mendapat sokongan ramai yang yakin terhadapnya.

“Anda tidak berseorangan! Persidangan Agong Umno ada TSMY.... kasi lawan jawatan Presiden," tulisnya menggunakan huruf awalan nama Muhyiddin.

Pengguna Facebook dikenali sebagai Ash Rule dalam komennya berkata: "Baik xde jawatan dari xde maruah.”

Sementara seorang lagi dengan nama Keyrol Xtuned menasihatkan Muhyiddin supaya bersabar.

"Bersabarlah TSMY.. Sesungguhnya Allah akan memakbulkan doa umat2Nya yg teraniaya.. 1 Malaysia dah tahu siapa yg salah siapa yg benar.. bertabahlah Tan Sri.”

Baharinshah Borhan pula menggalakkan bekas timbalan perdana menteri itu meneruskan perjuangannya dengan menulis: "Teruskan perjuangan TSMY.. sy akan berdoa yg terbaik utk Tan Sri” sementara Mohd Irfan berkata, rakyat Malaysia ada kuasa untuk mengundi keluar Najib pada pilihan raya umum akan datang yang harus diadakan selewat-lewatnya pada 2018.

"Najib ada kuasa singkirkan menteri menteri yang lain, tapi kita yang rakyat ni ada kuasa untuk singkirkan Najib pada PRU akan datang nanti. Insyallah."

Iqbal Zharif menulis: "Kami nak PM baru, bukan TPM baru. Kami rakyat Malaysia sentiasa pada pihak yang benar, kami bersama Tan Sri!"

Iman Jay menulis walaupun Muhyiddin hilang jawatannya, tetapi ramai rakyat Malaysia yang menghormatinya.

“Hari ini Tan Sri hilang jawatan tapi Tan Sri tidak pernah hilang maruah dan rasa hormat rakyat seluruh Malaysia," katanya.
-malaysianinsider-

----------------------

Penyokong Muhyiddin lepas geram di Facebook Najib
najib_6comt
PETALING JAYA: Laman Facebook rasmi Perdana Menteri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjadi sasaran kemarahan yang dipercayai dibuat penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.Mereka yang marah dengan keputusan Najib menggugurkan timbalannya menggunakan ruang komen di laman berkenaan untuk melepas geram.

Mereka berkongsi komen ‘****SUPPORT Muhyiddin Yassin’ yang diulang beberapa kali dalam satu komen selain diikuti beberapa ratus orang.

Turut dimasukkan doa rakyat untuk pemimpin yang zalim.

Komen tersebut dimasukkan sebaik Najib mengemaskini status, ‘Kenyataan Media YAB Perdana Menteri Mengenai Rombakan Kabinet”.

Malah status rakaman ucapan takziah kepada keluarga bekas Presiden Indian, Dr. APJ Abdul Kalam yang meninggal dunia juga diserang dengan komen yang sama.
-fmt-

--------------------------

Netizen marah Muhyiddin digugurkan

SHAH ALAM: Sebaik sahaja Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan gugur dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, kebanyakan pengguna media sosial mula mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Di laman sosial Facebook, rata-rata netizen mula melahirkan rasa tidak puas hati dan berpendapat bahawa Muhyiddin patut dikekalkan untuk terus mendukung barisan kepimpinan kerajaan.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Muhammad Izzudin Al Qassam melahirkan rasa hairan ke atas tindakan Najib itu.

“Najib, kenapa pecat Muhyiddin daripada jawatan TPM? Pelik la,” tulisnya di ruangan komen di akaun rasmi milik Perdana Menteri.

Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Jessica Lee turut melahirkan persoalan yang sama terhadap tindakan Najib.

“Why you did this to Muhyiddin Yassin (Kenapa buat begini kepada Muhyiddin Yassin)?” katanya seperti yang dipetik menerusi ruangan komen tersebut.

Mohd Ariff Azlan, seorang lagi netizen pula berpendapat bahawa rata-rata yang meninggalkan komen di akaun Najib tidak bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri.

“Komen-komen yang terdapat di sini menunjukkan kami tidak memerlukan kamu lagi. Jika kamu fikir dengan mengubah Kabinet, kamu akan selamat, tunggulah nanti rakyat akan bangkit dan tukar kamu dan pasukan kamu,” katanya.

Sehingga berita ini ditulis, laman akaun Facebook rasmi Najib masih menerima persoalan daripada rakyat Malaysia yang rata-ratanya ingin tahu punca sebenar Muhyiddin digugurkan.
-sinarharian-

1 ulasan: