Surat Terbuka Kepada Bukan Islam Yang Pernah Sokong PAS, Tapi Kini Membenci PAS

ramziredang
Tuan tuan Semua,
Sedih dan rindunya bila terkenang saat saat tuan tuan yang bukan Islam mesra dengan kami. Kami juga terkenang kenangan indah ketika tuan tuan semua tanpa segan silu memakai baju berlambangkan PAS. Kami gembira sambil mengalir airmata bila melihat dari kalangan tuan tuan yang bukan islam, memanjat tiang untuk memasang bendera PAS. Saat itu terasa, antara anda dan kami sudah tidak ada lagi benteng yang memisahkan kita, kemesraan kita memang lahir dari lubuk hati yang paling ikhlas. Tetapi maafkan kami, tanpa kami sendiri duga, pemimpin kami sendiri yang merosakkan segalanya. Maafkan kami tuan

Maafkan kami tuan,

Kami sendiri bingung dan seolah putus harapan, kekadang mengeluh sendiri kenapa keadaan sekarang telah berlaku dek permainan pemimpin pemimpin jijik yang menggunakan agama sebagai alat jualan. Ke mana kami sahaja kami pergi sekarang, kami mendengar berulang ulang ucapan tuan tuan, :"tidak akan percaya lagi kepada PAS", Senyuman kami yang inginkan kemesraan dulu telah dibalas dengan senyuman hambar dari tuan tuan, maafkan kami tuan.

Maafkan kami tuan,

Jika diingat kembali, pernah satu masa kami merasa sangat gembira. Ketika RoS memainkan peranan jahat untuk mengharamkan DAP, kami merasa sangat dihargai bila DAP ingin menggunakan lambang PAS jika seandainya RoS memang menjalankan agenda jahatnya. Walaupaun iannya tidak berlaku dan tidak sempat DAP menggunakan logo PAS, tetapi kami rasa sangat dipercayai dan dihargai. Terimakasih kami ucapkan atas kepercayaan tersebut.

Maafkan kami tuan,

Tetapi keadaan sekarang telah berlaku sebaliknya. Tuan tuan telah hilang kepercayaan kepada kami kerana perbuatan perbuatan yang melanggari janji dan tuduhan jahat setengah dari pemimpin kami. Harap tuan jangan letakkan keburukan itu dengan merumus secara total itu adalah KEBURUKAN ISLAM. Itu hanya perangai jahat manusia yang sentiasa ada di dalam kelompok manapun.

Maafkan kami tuan,

Kami juga terasa malu dengan perangai mereka. Mereka menyuburkan fitnah fitnah. Adu domba sesama sendiri. Jatuh menjatuhkan sesama pemimpin. Hinggakan membuat tuan tuan keliru dan bertanya, "inikah ajaran Islam?"

Kami faham, tuan tuan sendiri juga mengikuti dengan dekat segala majlis, contohnya seperti multaqa ulama, yang jelas digunakan sebagai platform untuk mengeji sesama sendiri dan melabel gelaran syaitan dan sebagainya sesama pemimpin kami. Malah kami sendiri sedih kerana ianya datang dari puak yang tertinggi di kalangan kami yang dipanggil 'ulama' Namun perlu disebutkan juga kepada tuan tuan, dalam Islam ada dua ulama, ulama su' dan ulama sebenar.

Kami juga mengerti bahawa tuan binggung, baru pertama kali dalam sejarah perhimpunan parti yang ada 'boo' terhadap pemimpin sendiri dan doa laknat terhadap pemimpin sendiri.

Toh...lihatlah tuan tuan, fahamilah, sesama kami sendiripun mereka(pemimpin pemimpin jahat ini) buat terhadap sesama kami sendiri. Jadi harap tuan tidak kaitkan keburukan perangai mereka itu seolah olah itu adalah KEBURUKAN ISLAM. Bukan salah kami, tetapi salah mereka, maafkan kami tuan.

Maafkan kami tuan.

Kami belum sempat menyebarkan lebih banyak lagi kehebatan dan kebaikan Islam kepada tuan tuan. Peluang kami telah terhenti di pertengahan jalan dek sebab perangai pemimpin yang perangai jahat macam mereka.

Kami ingin nyatakan lagi kepada tuan, Islam sangat indah dan penuh rahmat untuk sekalian alam. Insya Allah jika diberi peluang, kami akan buktikan sekali lagi kepada tuan tuan.

Maafkan kami tuan,

Kami ingin membawa tuan mengenali Islam dengan lebih dekat. Kami ingin paparkan kemurniannya. Untuk itu, pada masa kotemporari sekarang, kami ingin tuan merujuk kepada MIM Brothers atau Rice and Roses Pulau Pinang (harap tuan tuan boleh google dan lihatlah keindahan yang ingin disampaikan oleh saudara saudara kami). Mereka selalu berbahagi rezeki di lebuh aceh kepada semua orang tidak mengira kaum.

Maafkan kami tuan,

Kami ingin memohon satu lagi peluang, untuk membina kembali kepercayaan dari tuan tuan. Kami akan bergerak melalui GERAKAN HARAPAN BARU menggantikan PAS yang sudah hilang kemurniaan Islam. Kami harap, dengan HARAPAN BARU ini, kasih sayang kita akan bertaut kembali. Kami harap kita akan dapat semula berganding bahu. KIta runtuhkan kembali bentang pemisah yang sering di bina oleh musuh yang memang tidak ingin melihat kita bersatu. Musuh kita sering menyebut tentang 'kaum' tetapi marilah kita bina satu bangsa, bangsa malaysia. Jika kita bisa bersatu kembali, maka itu adalah satu berita sedih buat mereka.

Maafkan kami tuan,

Kami ingin memberitahu, setengah dari pemimpin kami yang mulia dan bertungkus lumus berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira batasan kaum, telah juga dipinggirkan oleh mereka. Namun rasa kebertanggungjawaban tidak harus terhenti setakat dipinggirkan. Mereka tetap ingin meneruskan khidmat tanpa batas. Lalu mereka membawa satu wadah baru diberinama GERAKAN HARAPAN BARU.

GERAKAN HARAPAN BARU ingin membuktikan kepada tuan tuan, bahawa islam adalah rahmat untuk semua. Kami tidak akan lagi menyebut tentang kaum. Antara kita adalah bersaudara. Dalam agama kami Islam, memang tanggungjawab kami membela semua orang. Kami akan ditanya di akhirat nanti tentang amanah kami..bagaimana kami menjaga tuan tuan. Kami akan disoal tiap satunya.

Malah dalam keadaan kita semua tertindas oleh kezaliman yang sangat dahsyat sekarang, tanggungjawab kami lebih tinggi dan lebih besar dari dulu. Kami akan disoal apakah kami redha dengan kezaliman? Apakah kami berdiam dengan kezaliman? Apakah kami berlembut dengan kezaliman? Semuanya akan ditanya bila kami mati. Kerana Islam adalah agama keadilan.

Maafkan kami tuan,

Harapan kami semua, semoga tuan tuan dapat memberi kepercayaan kepada GERAKAN HARAPAN BARU. Kerana cita cita kami sedang berkobar untuk memuliakan kemurniaan ISLAM UNTUK SEMUA. Berilah kami peluang dan kepercayaan sekali lagi. Biarkan mereka mereka yang dulu dilamun dengan permainan jahat mereka sendiri. Kita semua harus bergerak.

Kita semua tidak ada masa untuk menoleh. Kita tidak ada masa untuk merasa kecewa. Kita semua tidak ada masa untuk melayan tuduhan tuduhan remeh. Kita semua harus melangkah terus ke depan

Kami tidak mampu melangkah sendirian. Tuan tuan juga tidak mampu melangkah sendiri. Mari kita berganding langkah menerajang segala kebobrokan dalam negara kita. Demi kebaikan anak cucu kita.

Kemaafan dari tuan tuan, akan memberi nafas gagah untuk GERAKAN HARAPAN BARU.

Maafkan kami tuan.

6 ulasan:


  1. "sesiapa yg menyakiti hati org bukan islam (yg tidak memusuhi islam) adalah seperti menyakiti hati aku sendiri"

    ......

    demikian satu hadith Nabi saw yg pernah hamba dengar tp tk pasti status nya.

    harap ust2 dn ulamak yg ikhlas dpt memberi pencerahan, i tknk dgr dpd ulamak PASUG... rubbish

    BalasPadam
  2. Patutlah pun perlukan DAP kerana tak mampu bergerak sendirian..

    BalasPadam
  3. Belum apa2 dah merayu2 pd bukan islam dgn panggilan tuan plk tu.. ini yg DAP idam2kan!!..

    BalasPadam
  4. Belum apa2 dah merayu2 pd bukan islam dgn panggilan tuan plk tu.. ini yg DAP idam2kan!!..

    BalasPadam
  5. Kalau pun bukan islam membenci PAS ini adalah hasil kerja tangan progesif jgk la.. dgn tajaan DAP..

    BalasPadam