Teknik 'Derhaka" Anak Hantar Ibubapa Ke Hospital Sebelum Raya

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Saya baru tahu wujudnya teknik sebahagian anak-anak yang sengaja membiarkan ibubapa sakit sebelum perayaan, kemudian menghantar ibubapa ke hospital dan hanya mengambil mereka kembali selepas perayaan. Ia dijadikan teknik melepaskan 'beban' tanggungjawab kepada jagaan hospital sepanjang musim perayaan. Juga agar mereka lebih mudah berjalan ke sana kemari tanpa kesukaran.

Jika benar ia dilakukan dengan SENGAJA & TERANCANG, maka mereka ketahuilah itu adalah DOSA & tanda KEDERHAKAAN anak kepada ibubapa mereka. Kesukaran menjaga ibubapa sewaktu uzur mereka adalah kewajiban anak-anak, itu lebih penting dari boleh bersukaria dan bersenang lenang.

NAMUN, jika ada yang terpaksa menghantar kerana ibubapa memang telah sakit & sentiasa perlukan penjagaan rasmi dengan bantuan lengkap alatan perubatan di hospital, itu TIDAKLAH termasuk dalam bentuk kesalahan. Pun begitu, anak-anak
WAJIBLAH menziarahi ibubapanya sewaktu perayaan dan tidak ditinggalkan hanya bersama jururawat & doktor. Allah swt berfirman :

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan