Ahmad Said, Bekas MB Terengganu Bersumpah Rahsia 1MDB Adalah Benar

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata Sultan Terengganu sendiri mengetahui hasrat 1MDB mencagarkan minyak dan gas asli di perairan Terengganu, merujuk langkah yang ingin diambil Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat terdahulu sebelum ditukar menjadi 1MDB. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Ogos, 2015.Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata Sultan Terengganu sendiri mengetahui hasrat 1MDB mencagarkan minyak dan gas asli di perairan Terengganu, merujuk langkah yang ingin diambil Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat terdahulu sebelum ditukar menjadi 1MDB.
Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bersumpah mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pernah berhasrat mencagarkan minyak dan gas asli di perairan negeri itu.

Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Bahagian Umno Kemaman hari ini, beliau menafikan mereka cerita tersebut.

Malah katanya, Sultan Terengganu sendiri mengetahui perkara itu, merujuk langkah yang ingin diambil Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat terdahulu sebelum ditukar menjadi 1MDB.

"TIA ingin cagarkan minyak di Terengganu. Saya bersumpah 'wallahi wabillahi'.

"Ini bukan cerita sensasi. Saya sedia bersumpah di mana sahaja untuk mempertahankan cerita ini," kata Ahmad, yang juga Ketua Bahagian Kemaman.

Ahmad pernah membuat dakwaan tersebut pada Mei lalu, di Dewan Undangan Negeri Terengganu, apabila beliau berkata, keputusan untuk menggunakan sumber petroleum di negeri itu kemudiannya ditarik balik.

Dakwaan beliau itu kemudiannya diulang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi pengkritik utama Datuk Seri Najib Razak.

TIA ditubuhkan pada 2008 untuk mengurus dan melaburkan royalti daripada sumber petroleum di negeri itu, dan ditukar menjadi 1MDB pada 2009 selepas Najib menjadi perdana menteri pada tahun itu.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan