Gambar Stacy melafazkan syahadah tersebar di laman sosial.
PETALING JAYA: Setelah sekian lama meluahkan rasa cinta terhadap Islam penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia 6 (AF 6) Stacy akhirnya bergelar seorang muslim.
Majlis lafaz syahadah dilakukan pada petang Isnin.
Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 25, dilaporkan hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam ditemani Akim dan ibu serta bapa kekasihnya itu bagi tujuan berkenaan di Johor Bahru.
Stacy yang berasal dari Sabah sebelum ini beragama Kristian.
Sehubungan itu pihak Astro akan mengadakan satu sidang media pada petang Selasa bersama Stacy bagi berkongsi berita baik berkenaan.
-mstar-
------------------
The Rakyat Post
Sedingin cuaca yang melanda ibu negara hari ini, begitulah juga sejuknya hati peminat setia bekas juara Akademi Fantasia musim keenam, Stracie Angie Anam atau Stacy, 25, apabila mendapat perkhabaran penyanyi itu dikatakan sudah sah memeluk agama Islam, petang tadi.
Dikhabarkan, majlis lafaz syahadah dilakukan di Pejabat Agama Islam di Johor Bahru, Johor dan kehadiran penyanyi lagu Not For Sale itu tidak keseorangan.
Sebaliknya, menurut laporan mStar, Stacy hadir bersama kekasihnya, penyanyi Akim Ahmad bersama-sama ibu dan bapa penyanyi lelaki itu serta ditemani ibu Stacy, Agnes Kallos.
Sebelum ini, sudah beberapa kali berita tentang Stacy yang dikatakan sudah memeluk agama Islam bertebaran namun, dinafikan sekeras-kerasnya oleh penyanyi popular itu sambil menyifatkan ia adalah perkara yang sensitif.
Daripada pemerhatian The Rakyat Post menerusi carian di laman Instagram, nama Islam Stacy kini adalah Ummu Syaikhah Stacy Abdullah seperti mana yang tercatat dalam akaun seorang lelaki yang menggunakan nama Norman Castro Santos.
Malah, menerusi kapsyen yang ditulisnya itu juga mengesahkan berita itu apabila lelaki berkenaan menulis dia juga merupakan salah seorang saksi kepada pengislaman Stacy dan meletakkan hashtag nama Islam penyanyi itu, Ummu Syaikhah Stacy Abdullah.
Ternyata berita itu disambut dengan penuh gembira dan hati yang terbuka oleh peminat Stacy dan juga Akim apabila rata-rata melafazkan rasa syukur ke hadrat Ilahi selain menyambut kehadiran Stacy dengan tangan terbuka sebagai saudara baru.
Walau bagaimanapun, percubaan The Rakyat Post menghubungi Stacy gagal apabila pengurusnya, Halida Hilmi enggan memberikan sebarang komen dan memberitahu sidang akhbar khas akan diadakan di Astro, petang esok.
Stacy yang sebelum ini menganut agama Kristian merupakan anak kelahiran Tawau, Sabah dan merupakan anak kelima daripada enam adik-beradik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan