Kecewa,sepantas kilat permohonan nama parti Islam ditolak - Dr Dzulkefly Ahmad

Dr Dzulkefly Ahmad
Malangnya, sikap pantas penguasa politik ini bersifat selektif. Umum wajar tahu bahawa permohonan kami dihantar pada hari Khamis, 27hb Ogos, bererti jawapan dibuat KDN dalam masa 24 jam.

3. Kami kecewa kerana cita-cita untuk mendapat sebuah wadah yang diberi nama PPI itu ditolak. Meskipun kami sangat memahami yang penting bukanlah diukur pada nama. Namun ia mustahak supaya kami tidak didakwa takut menggunakan nama Islam.

4. Bahkan lebih penting dari itu Islam yang kami perjuangkan tidak lagi menjadi satu fobia di sisi masyarakat bukan Islam. Sementara itu masyarakat Islam pula amat senang dengan Islam yang Inklusif dan memberikan Keadilan dan Kesejahteraan menaungi semua kaum, agama dan budaya dalam negara ini. Sekaligus ia menjadikan Islam tidak lagi milik monopoli mana-mana pihak.
5. Apa pun yang pentingnya dasar kami tetap Islam yang Syumul dan Inklusif serta dicorak oleh pemikiran Maqasid Syariah atau Tujuan dan Matlamat Syariah khasnya dalam pemerintahan dan kenegaraan.

6. Kami terus berusaha dan berdoa agar ALLah akan permudahkan usaha-usaha ke arah pembentukan sebuah parti Islam baru ini.

7. Kami mengundang semua pihak media ke Hotel Vistana Kuala Lumpur, jam 3 petang 31 Ogos ini, untuk pemakluman tentang parti baharu yang bakal kami lancarkan secara rasmi pada 16hb September nanti.

Dr Dzulkefly Ahmad
Setiausaha
Gerakan Harapan Baru
29 Ogos 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan