Lelaki Ketagih Ramas, Cium Bau Seluar Dalam Wanita Ditahan

Longgokan coli dan seluar dalam wanita ditemui di kediaman Liang.
LINYI (China): Penemuan lebih 150 coli dan seluar dalam wanita di kediaman seorang lelaki bujang membawa padah apabila dia disiasat polis.

Lelaki berusia 44 tahun dan dikenali sebagai Liang itu ditahan selepas pelakuannya mencuri pakaian dalam wanita dirakam di luar sebuah kedai.

Rakaman itu menunjukkan Liang melintasi kedai berkenaan yang menjemur pakaian dalam wanita dan memberhentikan vannya sebelum mengambil beberapa pasang pakaian itu dan kemudian bergegas melarikan diri.

Pemilik kedai menyerahkan pita rakaman itu kepada polis yang kemudian menjejaki Liang.

Mereka menemui longgokan coli dan seluar dalam ketika menyerbu kediamannya.
Jurucakap polis berkata, Liang mengaku mencuri pakaian itu.

“Saya tidak boleh tidur tanpa meramas dan mencium bau seluar dalam yang saya curi,” katanya.

Dia mengaku mencuri pakaian dalam itu sejak tiga tahun lalu.

“Walaupun kerugian dari segi kewangan tidak banyak, tetapi perbuatannya menyebabkan wanita di bandar ini trauma,” kata polis.
-mstar-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan