Mahathir gelar Najib bangsat

Dr M: Kalau bangsat tu pergi, kita tak bangsat la...
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu tidak akan menjadi “bangsat” sekiranya orang yang membuat dakwaan sebegitu, meninggalkan Umno, sekali gus tidak memerintah negara lagi.
"Orang yang mahu membangsatkan bangsa (Melayu) bukan Umno, tetapi orang ini," katanya.

Malah, tegas Mahathir lagi, perkataan sedemikian tidak sepatutnya keluar daripada mana-mana mulut pemimpin di negara ini.

"Saya ingat kalau bangsat tu pergi, kita tak bangsat la," tambahnya.

"Ia bukan salah Umno, awak yang salah. Jika awak pergi, segala-galanya akan selesai," kata Tun M dengan disambut tepukan gemuruh daripada hadirin di stadium tertutup Pasir Gudang hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilaporkan berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.

Najib dilaporkan sebagai berkata: "Kalau tak ada Umno, apa berlaku dekat orang Melayu Islam? Ada orang kata, kami akan tersungkur, kecundang, tertiarap.

"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat, kalau tiada Umno, akan hilang segala-galanya jika Umno hilang kuasa," Najib yang juga presiden Umno dilaporkan berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno untuk bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau.

Najib selaku menteri kewangan turut dilaporkan menggesa kepimpinan Umno untuk mencari jalan sekiranya terdapat masalah dalaman dalam negara.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan