Dato'Mahfuz Hj Omar
1.Saya terkejut dengan cara Datuk Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri memberi respon terhadap isu konon adanya akuan bersumpah nak guling kerajaan,termasuk respon beliau terhadap kenyataan saya terhadapnya.
2.Cara beliau memberi respon tidak menggambarkan yang beliau seorang TPM.Beliau seharusnya lebih bertenang dan tidak menampilkan sifat panas baran dan berang tak tentu pasal seperti orang hilang pertimbangan.
Rakyat Malaysia khususnya generasi muda sedang memerhati watak orang nombor dua dalam negara yang bakal mengambil alih teraju pimpinan nombor satu.Generasi muda bekhehendak pimpinan yang bijak menyesuaikan diri dengan cabaran baru zaman kini.penampilan Zahid seperti penampilan Ketua Pemuda Umno tahun 60an/70 an.
3.Nasihat saya untuk beliau yang merupakan sahabat yang pernah menerajui kepimpinan pemuda parti masing masing agar beliau banyak bersabar,kepala dingin,berlapang dada,tidak panas baran dan berang dalam berhadapan dengan situasi yang sukar melanda negara.Jangan amalkan politik ugut dan akulah yang berkuasa.utama dan dahulukan kepentingan rakyat dan negara dari kepentingan politik kepartaian.
4.Semoga beliau lebih cermat dalam memposisikan diri beliau dalam kepimpinan negara.jangan mencipta permusuhan.Selamat maju jaya.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA"
Dato'Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
18 Ogos 2015/3 Zulkaedah 1436H.
Orang kata penyakit panas baran nie sbb banyak makan daging merah.
BalasPadamCuba banyak kan makan sayuran dan buahan.
Puasa makan daging merah 40 hari.