Bangla mati ditikam kerana berebut awek

Ampang: Berebutkan seorang perempuan dipercayai menjadi punca seorang lelaki Bangladesh mati dirodok dengan pisau di sebuah kafe siber di Jalan Pandan Cahaya di sini.

Dalam kejadian jam 8.30 malam kelmarin, mangsa diserang seorang lelaki Myanmar bertindak menikam dada mangsa selepas berlaku pergelutan.

Sumber berkata, mangsa bersama seorang lagi rakannya dibelasah tiga suspek lelaki warga Myanmar selepas berlaku pertengkaran.

Menurutnya, mangsa yang bekerja di sebuah kedai dobi dipukul suspek sebelum ditikam.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu menangkap suspek yang menikam mangsa sebelum membelasahnya di kepala dan badan.

“Bagaimanapun dua lagi penjenayah berjaya melarikan diri,” katanya.

Dia berkata, mangsa yang mati dihantar ke unit forensik Hospital Ampang manakala rakannya menerima rawatan di hospital sama.

“Suspek yang ditahan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”
-hmetro-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan