Che Ta jawab isu gambar separuh 'bogelnya'

Che TaKuala Lumpur: Pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, menafikan bahawa gambar separuh bogel seorang wanita yang tersebar di laman sosial adalah dirinya.
Gambar yang dipercayai menggunakan proses tindanan itu memaparkan wanita dengan raut wajah seiras pelakon itu dalam keadaan tidak berbaju dan menampakkan payu dara.

“Kakak saya telah menghantar gambar separuh bogel itu kepada saya minggu lalu. Namun saya sama sekali tidak terkejut dengan gosip sebegini kerana segala-galanya tidak mustahil di zaman teknologi sekarang.

“Saya bukan muda lagi untuk melakukan perbuatan sedemikian, malah saya juga sibuk bekerja, tiada masa untuk berbuat begitu. Saya tidak terkesan dengan penyebaran gambar itu kerana saya tahu itu bukannya diri saya,” katanya.

Che Ta berkata, beliau tidak pernah merakamkan gambar dalam keadaan memalukan seperti mana yang tersiar dan percaya peminat masa kini lebih bijak berfikir dan tidak membuat kesimpulan dengan begitu mudah terhadap perkara negatif sebegitu.

Katanya, berkata, beliau turut memaklumkan mengenai gambar itu kepada suaminya, Zain Sain dan mereka menganggap ia sebagai perkara lucu kerana tahu gambar itu tidak benar sama sekali.

“Saya tunjuk kepada Zain pun dia tergelak. Lucu melihatkan kreativiti sesetengah pihak menggunakan teknik ‘superimpose’ kelihatan seperti benar.

“Namun apa yang penting, kami sendiri tahu perkara ini tidak benar. Saya enggan melatah kerana bukan pertama kali perkara begini terjadi kepada saya,” katanya.
-bhonline-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan