Pakar antirasuah: Najib, jangan tutup, tak berjaya

 Ahli Majlis Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Michael Hershman menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berterus terang mengenai sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya.
Hershman berkata, kebenaran akhirnya akan muncul dan sebarang percubaan untuk menutupnya tidak akan berjaya.

Justeru itu, beliau berkata, lebih baik bagi Najib dan demi kepentingan Malaysia sendiri untuk mendedahkan apa yang berlaku lebih awal daripada terlambat.

"Nasihat saya kepada perdana menteri Malaysia ialah lebih baik tidak menutup, tidak menghalang keadilan kerana ia tidak akan berkesan.

"Beritahu perkara yang sebenar. Di mana wang itu datang? Apakah tujuan kegunaannya dan jika dia melakukan sesuatu kesalahan, minta maaf dan berdepan dengan akibatnya.

"Ia tidak akan hilang. Menangguhnya tidak akan menyebabkan isu ini hilang. Kebenaran akan muncul dan berdasarkan pengalaman saya, lebih cepat ia keluar (kebenaran), lebih baik untuk mereka yang tertuduh dan juga negara ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Putrajaya hari ini.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan