Tranungkite
Mulanya sekadar percikan api sahaja.Kini api sudah membesar.Nampaknya muncung "pistol" SB menghala ke arah isteri PMNajib.Di ungkitnya masa dan tugas mengiringi First Lady.Dulunya "muncung pistol" di hala ke arah Menteri Polis Zahid hingga Zahid mendakwa kepala mantan orang kedua SB ini sudah "masuk air".
Tidak pernah dalam sejarah dunia,SB cuba "bergocoh" dengan wanita bertaraf First Lady.Regim Marcos dulu tumbang pun bukan kerana SB tumbuk Imelda.Begitu juga bukan SB yang sepak Farah hingga tersungkur Shah Iran.Juga bukan SB yang terajang Ibu Tien hingga Suharto tewas.
Hebat juga perjuangan SB ini.Sanggup berjuang hingga "titisan darah terakhir".Sudah alami pengalaman "bertempur" dengan Tentera Solo dalam Lahad Datu War.Sanggup di kerat 16 demi pertahan Dr Mahathir.Tentunya mudah semudah "kacang" untuk "bertempur" dengan First Lady walaupun barangkali senjata ampuh First Lady adalah bomoh,dukun dan hantu puaka.
Sama-sama kita tunggu kesudahannya.Cumanya kita teringat "kisah zaman silam" hebatnya SB "berperang" dengan PAS. Ramai aktivis PAS di sumbat dalam Kem Kamunting,ramai guru PAS di eksport ke Sabah Sarawak hasil "kerja tangan" laporan SB.Ramainya aktivis PAS di ziarahi SB lewat larut malam,di takut-takut dan diugut..
Kini apabila Bos SB dan orang keduanya SB di masukkan dalam "peti sejuk" JPM,barulah berbunyi suara-suara aneh.Baru kini SB merasai betapa "enaknya" berkhidmat atas dasar politik.Apabila berkhidmat atas dasar politik maka bersedia hadapi tindakan politik.
Dulu kita seronok sakan ikut arahan orang politik untuk bertindak ke atas rakyat yang membayar gaji mereka.Tangkap,sembur air,pukul,sepak terajang bahkan sanggup tembak rakyat di Memali.Kini segalanya terkena atas batang hidung kita sendiri.Baru anda tahu betapa jahat dan kejamnya UMNO apabila anda berpaling arah !
Anda boleh beralasankan keselamatan negara atau apa sahaja 1001 hujah anda apabila terkena batang hidung sendiri. Ini adalah isu politik UMNO semata-mata.Ini adalah "peperangan lanun-lanun" semata-mata.Dulu rakyat jadi mangsa.Kini giliran SB pula.
Apabila ada sebahagian lanun-lanun tidak mendapat bahagian hasil lanunannya ke atas harta rakyat,maka berkokok dan mengamuklah mereka.Maka untuk menarik perhatian rakyat agar menyokong kumpulan lanun yang tewas mengecapi hasil rompakan harta rakyat,di laungkan isu keselamatan negara.Skrip yang sama diulang-ulang.
Ketika DS Anwar dilebam-lebamkan matanya oleh IGP dan dalam masa yang sama PM Mahathir dakwa Anwar pukul kepalanya sendiri,di mana anda wahai segala mantan SB ? Adakah ketika itu anda masih bersifat "barua dan macai UMNO" dan belum "sedar" lagi permainan keparat UMNO?
Apapun,di harapkan pos kawalan kem-kem tentera diperketatkan lagi keselamatannya agar gedung senjata tiada berlaku kecurian bahan letupan C4 !
Hihihihihihihihihi!!!
BalasPadam