Ridhuan Tee gasak peserta perhimpunan Baju Merah

FMT Reporters
Ridhuan-Tee_red_600
PETALING JAYA: Pendakwah bebas dan pensyarah, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata dia malu dan mahu memohon maaf kepada orang Cina yang tidak ultra kiasu di atas keceluparan orang yang mengaku Islam tetapi menggunakan kata-kata kesat pada Himpunan Baju Merah pada 16 September lalu.

Katanya, ‘Cina Babi’ yang dilaungkan peserta himpunan itu adalah perbuatan tidak bertamadun kerana menyamakan manusia dengan binatang.

“Orang sebegini tidak layak memimpin dan menjadi pemimpin,” tulisnya di akhbar Sinar Harian.

Ridhuan Tee berkata, tidak kira apa juga alasan sama ada orang Cina suka makan babi atau tdak, perkataan itu sama sekali tidak boleh dikeluarkan di khalayak.

Katanya, begitu juga dengan menyamakan Melayu dengan lembu walaupun orang Melayu mendakwa tidak sensitif kerana mereka sememangnya suka makan daging lembu.

“Saya harap orang yang mencari alasan sebegini, bertaubatlah. Perbuatan itu tidak menguntungkan dakwah malah merugikan,” katanya.

Dia mengaku menggelarkan Cina ultra kiasu tetapi gelaran itu hanya merujuk kepada sikap mereka yang asyik mahu menang tanpa sedikitpun mahu kalah.

“Tetapi kita perlu ingat tidak semua Cina makan babi. Ada Cina Islam dan segelintir Kristian yang tidak makan babi. Terdapar lebih 80 juta Cina Islam di negara China, lima kali ganda jumlah Melayu Islam di Malaysia yang tidak pernah menyentuh babi kerana mereka beragama Islam,” katanya.

Katanya, walaupun babi haram dimakan dan dipelihara orang Islam namun sifatnya sebagai makhluk ciptaan perlu dihormati kerana binatang itu ciptaan Allah bukan syaitan.

Ridhuan Tee menasihatkan orang Islam supaya tidak terlalu beremosi atau mengambil sikap memusuhi bukan Islam kecuali apabila membawa ancaman terhadap Islam.

Dia menyeru orang Melayu Islam supaya mencontohi kisah wanita Melayu, Hajijah Saini yang mengasuh dua kanak-kanak Cina – Hasan dan Abu- serta kisah seroang peniaga wanita di Pulau Pinang yang memberi nasi lemak percuma setiap hari kerana kesian kepada wanita Cina tua yang tinggal seorang diri.

“Adakah wajar kita membenci Cina kerana mereka Cina,” soalnya.
Katanya, tidak salah mengadakan himpunan tetapi perlu jaga akhlak dan mulut dan mengaku jika ada membuat salah.

“Ultra kiasu tidak hanya pada Cina tetapi Melayu juga. Berhimpunlah secara baik, tonjolkan imej baik Islam seperti dikehendaki pimpinan negara kita,” katanya.

1 ulasan:

  1. Walaupun adakalanya saya tidak bersetuju dengan pandangan Ustaz Redhuan (panggian masa di ****), kali ini memang saya tabik spring!!!. Yang sebenarnya ramai yang terlibat dalam kontroversi ini bukan sahaja tidak faham tentang ugama sendiri bah kan mereka juga tidak nampak realiti sebenar negara ini. Pertama ini bukan zaman 50 atau 60an. Dunia sudah berubah. Malaysia bukan hak orang Melayu sahaja. Bangsa dan keturunan lain yang menjadi rakyat juga ada hak. Tanah Melayu tinggal nama sahaja. Pemilikan tanah oleh orang Melayu adalah seciput sahaja (jangan dicampur aduk tanah kerajaan dengan tanah individu!). Bangsa Dayak dan Kadazan mempunyai tanah yang lebih luas dibanding dengan Malaya!!. Orang yang mengatakan berjuang untuk tanah air kadangkala duduk diflat dan tanah takde, air pula kena bayar!!. Syarikat dan rakyat negara China banyak melabur dinegara ini dan dengar khabar sampaikan kilang besi buruk perwaja pun dibelinya. Bagi mereka untuk membeli banglo 2 atau 3 juta di Kuala Lumpur. Pulau Pinang adalah macam kita beli aiskrim sahaja. Dalam kalangan rakyat China yang ada diMalaysia tidak kurang juga yang berugama Islam. Mereka datang sebagai pedagang dan juga pelajar!!. Jadi bila disebut kata-kata negatif tentang Cina walau pun ia rakyat Malaysia, China dari Amerika, UK, Afrika Selatan dan apakah lagi China dari Tanah Besar tetap akan merasa terhina. Seagai rakan dagang yang besar Malaysia lebih memerlukan China dari China memerlukan Malaysia. Hanya disebabkan beberapa orang /ekor Melayu yang bodoh-bodoh dan jahil muraqab, bukan sahaja perhubungan dan persaudaraan sesama rakyat menjadi rosak bahkan peluang untuk Malaysia menjadi pariah dunia sangatlah tinggi.

    BalasPadam